Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar Perempuan Berusia 15 Tahun Dipaksa Minum Racun Serangga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar Perempuan Berusia 15 Tahun Dipaksa Minum Racun Serangga

Seorang pelajar tingkatan 3 sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan, mendakwa nyaris maut selepas dipaksa minum racun serangga oleh sekumpulan pelajar lelaki

Gambar Hiasan
Kuala Lumpur – Seorang pelajar tingkatan 3 sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan, mendakwa nyaris maut selepas dipaksa minum racun serangga oleh sekumpulan pelajar lelaki sekolah lain Bandar Lama Nilai, Rabu lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa terlihat sekumpulan pelajar yang memakai seragam sekolah sedang menghidu gam berhampiran sebuah pasar raya sebelum bertindak menegur mereka.

Kumpulan pelajar terbabit kemudian menahan mangsa serta memegang tangan dan kakinya sebelum bertindak memasukkan cecair berwarna hijau ke dalam mulut mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Mangsa yang tersedar sekitar jam 6 petang kemudian menuju ke tempat kerja ibunya di sebuah kedai pakaian berhampiran dan memaklumkan dia diracun.

Sehari kemudian, ibu mangsa membawanya ke klinik selepas pelajar berkenaan mengadu sakit tekak dan perut sebelum dia dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Mangsa dirawat di Unit Kecemasan Zon Merah selepas doktor yang merawatnya mengesahkan terdapat racun serangga dalam perut mangsa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, ketika dihubungi BH sebentar tadi, mengesahkan kejadian dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, pada masa ini mangsa masih belum dapat memberikan butiran terperinci kerana sakit tekak dan sukar bercakap. – BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oT18H9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.