Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jika layak Faizal umum pengganti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jika layak Faizal umum pengganti

“Kalau ikutkan, saya memang tak mahu mencalonkan lagu itu. Bagaimanapun, saya tidak boleh memberikan kata putus kerana perlu berbincang dulu,” kata penyanyi dan komposer popular, Faizal Tahir mengenai pencalonan lagu duetnya bersama Datuk Siti Nurhaliza, Dirgahayu dalam program Muzik Muzik 32 di TV3.

Faizal berkata, dia perlu membuat perbincangan rapi kerana lagu ciptaannya itu turut membabitkan banyak pihak termasuk dua syarikat rakaman.

“Memang ramai yang bertanyakan mengenai lagu ini. Kalau ikutkan keputusan saya, memang saya tidak mahu mencalonkannya. Namun, saya tak boleh pentingkan diri sendiri tanpa mengambil kira pandangan pihak lain.

“Walaupun saya komposer lagu ini, tapi ia masih membabitkan pihak lain seperti Siti dan syarikat rakaman,” katanya.

Faizal berkata, sekiranya lagu itu dicalonkan dan layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL), dia sudah mempunyai penyanyi yang sesuai bagi menggantikannya untuk menyanyikan lagu itu.

Bagaimanapun, Faizal enggan mendedahkan siapa penyanyi yang dimaksudkannya itu.

Kali terakhir Faizal menyertai AJL ialah pada 2015 menerusi lagu Assalamualaikum yang turut muncul sebagai naib juara.

Pada AJL 31 awal tahun ini, lagu ciptaan Faizal berjudul Setia yang dinyanyikannya bersama Elizabeth Tan turut layak, tetapi Faizal tidak menyanyikannya dan dia digantikan Awi Rafael.

The post Jika layak Faizal umum pengganti appeared first on Berita Viral.



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qgkINH

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.