Pembantu warden pukul pelajar diluar batas akal manusia, haram di sisi Islam
Tindakan warden asrama berusia 29 tahun memukul murid tahfiz 11 tahun itu memang diluar batas akal dan kemanusiaan. Dan murid itu telah meninggal dunia sebentar tadi.
Dari segi agama jangan dicakapkan lagilah. Sah-sah haram memukul hingga membawa kepada kematian. Cuba fikir, Islam adalah agama yang dipenuhi dengan akhlak yang mulia, kelembutan dalam mendidik dan larangan berlaku zalim. Islam amat menjaga kebajikan kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Tapi mengapa ada juga antara kita yang sudah lama beragama Islam masih tergamak mendera kanak-kanak hingga tercedera dan membawa kematian? Dan ia berlaku di maahad tahfiz pula tu tempat menghafaz al-Quran.
Kisah si tua arifbillah dengan anak muda yang jahil
Mereka hanya bertemu di pinggir sungai memancing bersama tanpa diketahui anak muda itu orang tua itu seorang yang alim dan arifbillah (mengenali Allah dalam erti kata sebenar-benarnya, intipati agama Islam). Bila ditanya si tua yang arif itu, kamu tidak solat? anak muda itu jawab, atuk solatlah dulu saya tak reti solat. Kamu tidak puasa? Jawabnya, atuk puasalah saya tak tahan lapar.
Si tua arifbillah itu langsung tak marah anak muda itu apatah lagi memaki hamunnya. Dia tetap sahaja solat ditebing sungai dan berpuasa. Hubungan sebagai kawan memancing tetap berterusan. Namun dikejauhan malam, dalam munajat si tua arifbillah yang larut dengan air mata dan makrifahnya, doanya tetap terkirim ke anak muda itu.
Ya Allah kurniakanlah hidayah-Mu kepada kawanku itu. Kasihanilah dia sebagaimana Dikau mengasihani daku…
Itulah doa yang saban malam diucapkannya tanpa jemu-jemu. Hingga 10 tahun berpanjangan…
Dan suatu hari macam biasa si tua dan si anak muda memancing bersama hingga matahari condong menandakan tiba waktu Asar, si tua bentangkan tikar mengkuang elok-elok dan tanpa meninggalkan anak muda itu si tua mengajaknya solat bersama. Mari anak muda solat Asar bersama…
Anak muda itu menghela nafas panjang. Batang pancing diletakkan di atas tanah. Mata anak muda itu memandang seluruh wajah si tua seperti dia tidak pernah mengenali orang tua itu. Tak lama kemudian matanya berkaca. Wajahnya bera kemerah-merahan. Kemudian dia terisak-isak hingga terangkat bahunya.
Atuk ajarilah saya solat…ajarilah saya puasa…
Si tua arifbillah itu menangis tanpa suara. Lantas dipeluknya kawannya itu se erat-eratnya. Baiklah atuk bukan sahaja akan ajar kamu solat dan puasa tapi atuk akan ajar kamu bagaimana kamu dapat mengenali Tuhan yang kamu sembahkan segala ibadah dan puasa serta seluruh kehidupan kamu lahir batin!
Kisah ini pengajaran buat saya untuk mendidik anak-anak saya.
Wahai pendidik agama
Usah kalian kehilangan hikmah
Hingga agama jadi mangsa fitnah
Kredit :
– Muhammad Ali As-Sammaniyyah
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste di web server http://ift.tt/2p3aZMQ http://ift.tt/2q6ezHf
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment