Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tom Hardy Tolong Polis Tangkap Pencuri Motosikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tom Hardy Tolong Polis Tangkap Pencuri Motosikal

Aktor Tom Hardy baru-baru ini mencuri perhatian umum dengan aksinya menangkap seorang pencuri. Kejadian tersebut bukan ketika beliau sedang menjalani mana-mana penggambaran filem sebaliknya dalam situasi sebenar.

Minggu lalu, ketika bintang filem Mad Max: Fury Road ini sedang berjalan di tengah ibu kota London, tiba-tiba sekitar kawasan tersebut bertukar kecoh apabila dua orang pencuri melarikan diri dengan sebuah motosikal yang dicurinya.

Pencuri berkenaan bagaimanapun telah merempuh sebuah kereta jenis Mercedes. Salah seorang daripada mereka berjaya ditangkap polis, manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

Tom, yang ketika itu berada tidak jauh dari lokasi kejadian, terus mengejar pencuri tersebut menyelusuri beberapa banggunan. Akhirnya, aktor berusia 39 tahun itu berjaya menangkap pencuri itu.

“Saya berjaya menangkap pencuri!” teriaknya.

Seorang teman Tom, Arun Pullen, yang turut menyaksikan kejadian itu berkata, pencuri tersebut sangat terkejut. Kata Arun lagi, Tom meminta pencuri itu menunjukkan identiti pengenalan terlebih dahulu sebelum menyerah individu itu kepada pihak polis.

The post Tom Hardy Tolong Polis Tangkap Pencuri Motosikal appeared first on Berita Viral.



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pzlwRi

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.