"Terima Kasih Makcik Bawang Sebab Jaga Kain Hal Orang"
Mak cik bawang sinonimnya berborak hal2 kain org semasa kenduri kendara. Tangan kupas bawang, mulut sama mengupas hal2 orang. Kan?
Yaa..itu biasalah dalam masyarakat kita. Kalau tak ada sindrom mak cik bawang ni macam tak lengkap pulak ciri-ciri masyarakat kita.
Aku sekuntum Melur yang biasa jadi sasaran makcik bawang. Baru 10 tahun dipetik orang dan belum dipilih untuk menjadi wanita “lengkap”. “Lengkap” dalam erti kata masyarakat kita.
Lengkap yang aku cuba raih ala2 memburu emas acara 100M untuk sukan olimpik bagi 2 tahun pertama perkahwinan. Dan sentiasa tewas kencundang dengan emosi sendiri sebelum sampai garisan penamat. Yaaa aku yang dulu lah. Sekarang dah tukar acara. Rentas desa berlari-lari anak tapi akan aku habiskan sampai garisan penamat.
Aku yakin banyak diluar sana yang sentiasa menjadi bahan bualan mak cik bawang. Stress? Marah? Benci? Semua ada. Kalau bukan perihal zuriat, perihal masih sendiri, perihal kerja, perihal belajar, perihal orang tua, walhal mungkin perihal hobi kau yang suka bela kucing! Aik! apa kau nak hairan, apa sahaja tajuk boleh jadi.
Aku dahulu hatinya macam tisu tandas, senang hancur bila terkena air. entah berapa gulung tisu tandas dah hancur dek sebab makcik bawang ni. Sakitttt sangat. Kalau aku ingat perasaan tu, sakitnya sampai ke tangkai hati. Perit pedih! Tapi kau tahan agar tak luluh hati kau dari tangkainya. Yelah siapa lagi nak jaga hati kau. Kalau orang lain tak boleh diharap jadi jangan lah kau zalimi diri sendiri. Kan.
Tapi suatu hari yang asing bagi aku, selama ini aku jaga tutur bicaraku bila berhadapan makcik bawang. Paling “koman” kau diamkan sahaja sambil tersenyum kambing.(dan juga selingan maki di dalam hati) Habis “koman” dah tu kau “adjust” Tapi Entah mana datang syaitan bertengkek dekat mulut ni, laju sahaja mulut aku membidas makcik bawang! Eh eh! Terkatup mulut aku mengucap berisghtifar. Allah Allah. Mana adab aku. Mana adab aku.
Malam tu aku resah. Nak lelap tak boleh. Hati menyesal. Tapi sakit. Tp kau sesalkan kerana mengikut kata hati yang telah dijentik Iblis. Dan masa aku berperang dengan diri sendiri melegakan hati, datang seorang sahabat dalam utusan “whatsapp” di malam hari memberi perkhabaran cara berhadapan dengan makcik bawang. Atau erti lain yang aku hadam, cara kita menerima soalan ujian hidup dari makcik bawang.
Yalah, kalau respon normal aku terhadap soalan mereka biasa bisa buat muka ku jadi panas. Hati hancur menangis. Mulut terkatup menahan dari perkataan makian terhambur keluar. Sakit oi! Menangis jangan dicakap. Berkolah2.
Tapi apa yang buat aku jadi sampai macam tu? Cara aku menerima soalan mereka. Aku terima dalam keadaan marah. Aku terima dengan hati yang terkatup. Aku terima dalam keadaan aku sendiri merasa diri aku hina. Aku sendiri memandang rendah terhadap diri sendiri.
Yaaa..dah kau terima macam tu mahu tak hati kau hancur? Sudah orang tak jaga hati sendiri dan kau sendiri menzalimi hati sendiri? Kenapa begitu? Rugilah. Nanti yang nak “bela” hati sendiri, kau jugakkan. Jadi jagalah hati kau sendiri.
Nota sahabat aku tu disimpulkan dihujungnya Demi kedamaian hati sendiri. Mengapa tidak kau meletakkan aksi makcik bawang ini hanya sebagai satu watak yang sedang hanya mahu mulakan bicara dengan kau. Orang kata soalan basa basi sahaja. Sudah dari dulu kebiasaan masyarakat kita akan mulakan bicara dengan perihal kehidupan kita.
Yalah, mungkin makcik bawang yang terlibat ini tidak lah ilmu “PR”nya macam kita, tapi begitu la standard “PR”nya. Jadi kau terima benda itu, mudahlah kau telan semuanya. Ah bukan telan! Kau boleh kunyah 44 kali sambil sampai ke perut! Nikmati setiap perkataan dan kau akhiri dengan meminta mereka mendoakan yang terbaik untuk kau.
Dan mereka sebenarnya memang mendoakan kau! Kau minta sahaja dia menadah tangan depan kau dan minta doa. Dari perbualan yang mungkin membuat syaitan bertepuk tangan, kenapa tidak kita akhirinya dengan impian mudahan doanya diangkat?lebih manis.
Aku banyak kali terserempak dengan orang2 yang cuba berkhutubah dan bertegang leher dengan makcik bawang ni.makan hati. Meratap nasib sepanjang umur seperti dia sahaja yang malang dalam dunia ini. Ada sampai memberi nasihat supaya memberi respon “bila makcik nak mati?” Waduhh.. adab jagalah wahai umat Muhammad. Kenapa perlu begitu. Ya….makcik bawang yang cari fasal! Mendapatlah! – kata kita. Tapi janganlah sampai kau menambah catitan buruk dalam buku kau sendiri. Respon lah dengan tertib nescaya makcik bawang akan berubah sendiri. Paling tidak tersipu2 malu kerana soalan mereka yang mempersoalkan kehendak Tuhan. Nescaya hati kau lebih tenang dan terang!
Yaa.. jika kau pandang apa yang kau tak ada, dan bandingkan dengan orang lain memang kau sepanjang hidup makan hati. Apakata kita tukar, mari pandang apa yang kita ada, jaga baik2 apa yang kita ada. Kenapa kita hendak dustakan nikmat Allah yang diberi? Terlalu banyak nikmat Allah untuk kita tapi kenapa kita tetap hendak pertikaikan kekurangan pada mata kita itu? Tidak adil. Jika kau bawa nikmat dan ujian dalam neraca, ternyata nikmat Allah lebih berat timbangannya dari ujian. Hadam..hadam..
Kisah makcik bawang yang aku termakikan itu kini saban tahun mengerjakan umrah dan aku tidak pernah dilupakan. Sentiasa ada kiriman ikhtiar paling tidak kiriman doa dari sana. Makcik yang aku termaki itu juga yang saban hari mendorong aku untuk lapangkan hati untuk rezeki nan satu itu. Sesungguhnya Allah menghantar rombangan makcik bawang ini untuk menguji kekufuran aku terhadap nikmatNya yang lain. Terima kasih mak cik bawang! “I love you”lah Makcik Bawang!
Koleksi video viral edisi 2017
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ploW9n
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment