Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tangan mungkin dipotong akibat jangkitan kuman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tangan mungkin dipotong akibat jangkitan kuman

Selepas pembedahan memotong kedua-dua belah kaki pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Jumaat lalu, kini tangan kanan pelajar berusia 11 tahun itu juga berkemungkinan dipotong akibat jangkitan kuman.

Mangsa, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11,  yang kini di Wad Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Sultan Ismail, di sini dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata status mengenai tangan kanan Mohamad Thaqif hanya akan diputuskan menjelang jam 8 malam ini (semalam).

“Tadi doktor ada jumpa kami, sekarang tangan belah kanannya dah hitam dari jari sehingga sebelum siku. Jadi kita semua kena berdoa kerana doktor melakukan pemantauan sehingga jam 8 malam ini, kalau keadaan masih sama, jadi kena potong.

“Doktor ada maklumkan yang penting nyawa… jadi kami tidak buat keputusan lagi, kita ikut pada doktor, tetapi kita tak putus doa kerana mungkin keajaiban berlaku kerana doktor sedaya upaya untuk selamatkan tangannya untuk tidak potong,”katanya.

Mohamad Thaqif sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya pada Jumaat lalu, yang kemudiannya pembedahan di tangan kanan dan diberi ubat cairkan darah bagi ketulan darah beku dibahu kirinya.

Sehari selepas pembedahan tangan kanan, Mohamad Thaqif menunjukan perkembangan positif di mana buah pinggang, jantung dan tekanan darah dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Semalam, dia ada sedar sekejap dan dia meronta untuk buka tiub, jadi doktor beri ubat supaya dia tidak sedar.

“Kita berserah, yang penting nyawanya dapat diselamatkan,”katanya.

The post Tangan mungkin dipotong akibat jangkitan kuman appeared first on Berita Viral.



Untuk meneruskan bacaan  klik link ini atau copy paste di web server http://ift.tt/2p3aZMQ http://ift.tt/2ov8Afj

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.