Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keluarga Arwah Adik Thaqif Akan Ambil Tindakan Undang-undang Jika Kematiannya Berkaitan Dengan Kes Penderaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keluarga Arwah Adik Thaqif Akan Ambil Tindakan Undang-undang Jika Kematiannya Berkaitan Dengan Kes Penderaan

Keluarga Arwah Adik Thaqif Akan Ambil Tindakan Undang-undang Jika Kematiannya Berkaitan Dengan Kes Penderaan

Keluarga Arwah Adik Thaqif Akan Ambil Tindakan Undang-undang Jika Kematiannya Berkaitan Dengan Kes PenderaanMohd Thaqif Amin, 11, yang kedua belah kakinya dipotong hingga paras peha akibat jangkitan kuman, Jumaat lepas, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi.

Keluarga Arwah Adik Thaqif Akan Ambil Tindakan Undang-undang Jika Kematiannya Berkaitan Dengan Kes Penderaan


JOHOR BAHRU: Keluarga pelajar madrasah tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya kematian pelajar berkenaan mempunyai kaitan dengan kes pukul terhadapnya.

Ibu saudaranya Dzuraidah Ahmad, 38, berkata mereka sekeluarga kini sedang menyerahkan siasatan lanjut kes itu kepada polis.

"Buat masa ini kami serahkan siasatan kepada pihak berkuasa, sekiranya benar didapati ia berkaitan pukul, kami akan lawan untuk membela apa yang berlaku ke atas Allahyarham.

"Kata orang, memanglah sudah takdir tetapi kami akan membuat sesuatu supaya terbela," katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Dzuraidah berkata anak ketiga daripada lima beradik itu sebelum ini sihat malah aktif bermain bola sepak.
Katanya, dia sekeluarga amat rapat dengan Mohamad Thaqif Amin kerana anak itu baik malah mereka sering berkumpul bersama-sama setiap kali musim cuti persekolahan.

Menurut Dzuraidah, Mohamad Thaqif Amin memang bercita-cita menjadi seorang tahfiz dan sudah menghafaz Surah Yassin dan Al-Mulk.

Mohd Thaqif Amin, 11, yang kedua belah kakinya dipotong hingga paras peha akibat jangkitan kuman, Jumaat lepas, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi.

Terdahulu, kisah pelajar itu yang dimasukkan ke HSI Rabu lepas (19 April) menjadi tular di media sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dikatakan akibat dipukul oleh pembantu warden madrasah itu.

Selepas kaki, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan tangan tersebut dijadualkan dipotong dari jari hingga bawah siku, pagi tadi, demi menyelamatkan nyawanya.

Pembedahan bagaimanapun ditangguhkan kerana jantung pelajar itu tidak stabil dan dia turut mengalami demam.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata laporan ujian darah dan kesihatan Mohamad Thaqif Amin bagi mengetahui punca sebenar masalah kesihatannya, akan diperolehi sekurang-kurangnya satu atau dua minggu lagi.

Pembantu warden berumur 29 tahun itu kini disambung reman tiga hari mulai esok sehingga Sabtu ini selepas remannya sejak Ahad lepas berakhir hari ini. - BERNAMA


Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q5Oc1r

✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.