Isu Persenda Nama Bapa Watson : Ammar, Kru Produksi Dipanggil Polis
Pengacara Azizul Ammar Abu Hassan serta enam kru penerbitan program Sukan Tak Sentral dipanggil polis Bukit Aman untuk memberi keterangan.
Memetik laporan Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, ia sebahagian proses siasatan susulan laporan polis yang dibuat bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek di Balai Polis Pusat Miri, Isnin lalu.
Katanya, pengacara dan kru program berkenaan tidak perlu dipanggil ke Miri kerana siasatan dalam kes berkenaan dibantu polis Bukit Aman.
“Mereka (pengacara dan kru) akan memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan dibantu Polis Sarawak,” katanya.
Isnin lalu, Watson membuat laporan polis ekoran tindakan pengacara rancangan komedi terbitan menyamakan mendiang bapanya dengan binatang.
Satu pertemuan di hotel di Miri juga diadakan antara pengurusan Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS), Azizul Ammar, penerbit program dan Watson.
Rancangan berkenaan dibatalkan serta merta manakala kru produksi termasuk pengacara dan penerbit rancangan itu digantung tugas untuk tempoh yang tidak dinyatakan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
The post Isu Persenda Nama Bapa Watson : Ammar, Kru Produksi Dipanggil Polis appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste di web server http://ift.tt/2p3aZMQ http://ift.tt/2q5cRmM
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment