Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Rasa Nak Hempuk Muka Ke Dinding Bila Tengok Keadaan Macam Ni" - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Rasa Nak Hempuk Muka Ke Dinding Bila Tengok Keadaan Macam Ni"


Sayu hati apabila melihat seorang makcik cleaner yang sedang melabuhkan badannya di kaki lima ketika waktu rehat untuk menghilangkan kepenatan sebelum kembali menjalankan tugas yang diamanahkan. 

Mungkin kita merasai kepenatan setelah seharian bekerja namun masih selesa dengan pejabat yang berhawa dingin dan kerusi yang selesa. Apa jua jenis pekerjaan seseorang itu, janganlah dipandang rendah. Semuanya saling memerlukan. Jika tiada makcik cleaner, mungkin keadaan pejabat atau koridor akan kotor. Adakah kita semua sanggup melakukan pekerjaan yang "kotor" bagi sesetengah orang dan sering dipandang hina ini?

Perkongsian dari seorang pemuda Amir Zuhair ini banyak memberikan kita ruang untuk merenung kembali adakah kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini? 

"Rasa Nak Hempuk Muka Ke Dinding"

Kadang tu kita selalu sangat mengadu kerja kita paling susah atas dunia, kita paling hebat, sibuk dan penting, penat, nak hadap ketua perangai tah apa-apa, konon kerja kita paling banyak tapi bayar sikit (padahal dah 2000 lebih gaji), kitalah paling payah dalam kerja etc etc etc, aduan tak akan habis. 

Tapi bila jumpa scenery begini, rasa nak hempuk muka ke dinding. Ramai lagi kat luar sana yang kerja jauh lebih susah dari kita. Waktu rehat sangat terhad. Kerja teruk setiap hari hingga lenguh seluruh tubuh mencuci sana sini sampai tempat buang najis pun dia cucikan.

Melepaskan lelah kerja seharian hanya di kaki lima. Apabila berehat beralas batu lantai. Malunya. Sedang kita bila berehat terus menuju ke mall-mall. Pergi makan tempat yang mahal-mahal. Kononnya sebagai ganjaran kerja ibarat "unta".


"Terima Kasih Kerana Membahagiakan Kami"

Bayaran mereka? Jangan cakapla, jauh lebih rendah dari kita. Kita complain banyak pun masih kerja dalam penghawa yang nyaman, berkerusi empuk, masih boleh berpakai pakaian cantik-cantik pergi kerja. Tak terlibat dengan mencuci najis di tandas pun.

Sepadannya bersyukur dahulu. Mungkin banyak yang tidak kena dengan kerja kita, tetapi lihatlah yang jauh lebih susah dari kita mencari sesuap rezeki. 

Terima kasih pakcik makcik cleaner kerana membahagiakan hidup seharian kami. Memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan bersih walaupun kami yang selalu kotorkan. Mulianya kerjaya pakcik makcik hanya tuhan yang berikan ganjaran lebih dari majikan telah berikan kepada makcik pakcik di atas dunia ini.


Koleksi video viral edisi 2017


Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q6Oubf

✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.