Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengasas Google, Sergey Brin Sedang Membangunkan Sebuah Kapal Udara Misteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengasas Google, Sergey Brin Sedang Membangunkan Sebuah Kapal Udara Misteri

Larry Page sedia membuat pelaburan pada kenderaan terbang seperti Kitty Hawk baru-baru ini. Selain Larry Page, seorang lagi pengasas Google, iaitu Sergey Brin turut dilihat sedang melihat kepada pengangkutan udara, dan sedang membangunkan sebuah kapal udara misteri.

Sergey Brin sedang membangunkan kapal udara bersaiz besar berkenaan di hangar milik NASA. Ia tidak diketahui kapal udara jenis apa yang sedang dibangunkan, dan juga menjadi tanda tanya sama ada ia adalah hobi semata-mata atau Sergey sedang melihat untuk mengubahnya menjadi sebuah perniagaan.

Beberapa orang yang terlibat dalam projek berkenaan mengatakan Sergey sedia menyukai arena kapal udara. Beliau mula meminatinya ketika melawat NASA Ames Research Center sebelum ini, yang terletak berhampiran dengan ibu pejabat Alphabet.

Pada 2015 yang lepas, salah satu bahagian dibawah Google, iaitu Planetary Ventures telah mengambil hangar besar di Ames daripada NASA dan mengubahnya menjadi salah satu makmal pembangunan Google.

Kini, ia dikatakan projek Brin sendiri, yang mana bukannya dibawah Alphabet telah memperlihatkan pembangunan, dan kerangka logam untuk kapal berkenaan telah pun dibina.

Di Silicon Valley sendiri, sejumlah projek penerbangan sedang dibangunkan, bukan sahaja kereta terbang, tetapi juga seperti roket yang boleh digunakan semula, dan sebagainya.

Buat masa ini, Sergey Brin tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan apa yang sedang dibangunkan oleh mereka di hangar berkenaan.



Untuk meneruskan bacaan  klik link ini atau copy paste di web server http://ift.tt/2p3aZMQ http://ift.tt/2oJ4AmR

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.