Polis ambil keterangan Peter Chong bantu siasatan kes Pastor Koh
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata keterangan Chong diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada 19 April lepas.
"Siasatan awal mendapati benar dia berada di Thailand namun dakwaannya yang mengatakan dia diculik masih disiasat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Fadzil berkata polis belum memperoleh laporan rasmi daripada polis Thailand berhubung dakwaan Chong yang beliau telah diculik ketika berada di negara itu."Bagaimanapun, kami masih tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan...polis akan memanggil dia semula sekiranya perlu untuk siasatan lanjut," katanya.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kes Pastor Koh sebagai kes dilarikan berikutan tidak melibatkan tuntutan wang tebusan.
Empat individu lain yang turut dilaporkan hilang adalah Chong, aktivis Pertubuhan Kebajikan Harapan Negeri Perlis (Perlis Hope), Amri Che Mat serta Pastor Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth.
Bagaimanapun, Chong, yang juga pembantu Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa, yang didakwa hilang sejak 6 April selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), 16 April lepas dari Pattaya, Thailand.
-- BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pkrKUe✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment