Dewan Negara lulus RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan itu berkata RUU tersebut adalah akta pertama dan menjadi sejarah dalam sistem perundangan negara ini yang mewujudkan definisi pornografi terhadap kanak-kanak.
RUU berkenaan juga mengiktiraf kanak-kanak sebagai saksi kompeten dan akan mengambil kira keterangan kanak-kanak terlibat di mahkamah mengambil kira situasi kanak-kanak tersebut.
Turut ditekankan kesalahan yang melibatkan komunikasi seksual individu dengan seseorang kanak-kanak.
"Dalam perkara ini, kita buat pendekatan yang sama, kalau kita berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak kita akan boleh dikenakan pertuduhan. Jadi, kita perlu berhati-hati apabila bercakap dengan kanak-kanak.
"Sebagai contoh guru-guru di taska, sekolah rendah menunjukkan video pornografi dan bercakap perkara lucah, berbisik dan daripada percakapan itulah bermula sentuhan."Selalunya dalam kes jenayah ini, adakalanya kanak-kanak menjadi mangsa dari segi mental kerana mereka tidak tahu mana yang betul dan yang salah. Dalam kebanyakan kes, mereka tidak membuat laporan mungkin kerana merasa tidak selesa. Terdapat kes kanak-kanak yang menganggap orang yang menyentuh mereka ini bermakna individu berkenaan sayang mereka," katanya.
Menurut Azalina, RUU itu memperuntukkan mana-mana orang yang membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 30 tahun dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang lima kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu perbahasan rang undang-undang tersebut menarik perhatian 16 anggota dewan antaranya Senator Datin Rahimah Mahamad, Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff dan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Mustapa Kamal dalam perbahasannya mencadangkan agar penjenayah lelaki yang dikenal pasti kesalahannya dikasi agar dilihat terdapat ketegasan di dalam pelaksanaan undang-undang itu.
"Saya cadang mereka dikasikan. Yang dikasi perlu dipastikan betul-betul bersalah kerana jika tiada undang-undang dan tidak dilihat diambil tegas, ia akan berlaku dari semasa ke semasa," jelasnya.
Cadangan itu disokong Megat Zulkarnain namun hukuman pengkasian itu dikenakan kepada pesalah kaum lelaki sahaja, dan beliau meminta Azalina turut mencadangkan hukuman bersesuaian untuk pesalah wanita.
Rang undang-undang tersebut kemudian diluluskan dewan tanpa sebarang pindaan.
Sementara itu, dewan turut meluluskan dua lagi RUU iaitu RUU Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017 dan RUU Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2owPC8f
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment