Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes pukul pelajar tahfiz diklasifikasi semula sebagai kes bunuh - Ketua Polis Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes pukul pelajar tahfiz diklasifikasi semula sebagai kes bunuh - Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Kes pukul melibatkan pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafie, 11 tahun, yang meninggal dunia petang tadi telah diklasifikasikan semula kepada kes bunuh.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kes tersebut kini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kes adik Thaqif Amin, PDRM ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah seksyen 302 bunuh," kata Khalid melalui kemas kini status di akaun Twitternya hari ini.


Untuk itu, katanya PDRM kini sedang menanti laporan penuh perubatan untuk segera menyiapkan laporan siasatan kes berkenaan.

"PDRM akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera," tulisnya lagi.

Sebelum ini, kes tersebut telah disiasat mengikut seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2010.

Mohamad Thaqif dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, pada Rabu minggu lepas selepas dipercayai mengalami kesakitan pada bahagian kaki akibat dipukul oleh pembantu warden.

Kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian lain tubuh badannya, namun pelajar itu kemudian disahkan koma.

Mohamad Thaqif meninggal dunia jam 2.05 petang tadi.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2qe3ErH

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.