PM Najib sempurnakan prapelancaran Forum Bandar Sedunia ke-9 pada 2018
WUF9, anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN HABITAT), diadakan bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai cabaran perbandaran, dijangka menarik penyertaan seramai 25,000 peserta tempatan dan luar negara.
Sebagai simbolik pelancaran itu, Najib memasukkan logo WUF9 ke dalam ruang sedia ada berlatarkan poster ''9th Session of the World Urban Forum".
Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersempena pelancaran itu, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah bagi WUF9 pada tahun 2018 dan merupakan bandar kedua di Asia selepas Nanjing, China pada tahun 2008.Menurut kementerian itu, kesediaan negara untuk menjadi tuan rumah akan mencerminkan komitmen Malaysia kepada dunia di alam aspek pembangunan bandar yang mampan dan sejahtera.
Ia adalah selari dengan aspirasi negara dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan, Persidangan Pihak-Pihak 21 (COP21) - Perjanjian Paris , selain menerima pakai Agenda Perbandaran Baharu (NUA) yang dipersetujui pada Persidangan ke-3 Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Perumahan dan Pembangunan Bandar Mampan (HABITAT III) di Quito, Ecuador pada 20 Okt , 2016, kata kenyataan itu.
WUF9 adalah forum yang pertama diadakan selepas HABITAT III pada tahun lepas, yang merupakan persidangan perundangan global yang dianjurkan setiap dua tahun untuk mengkaji dan menentukan agenda bandar serta membuka jalan bagi wawasan UN-Habitat ke arah masa depan bandar yang lebih baik.
Menurut kementerian itu, penganjuran WUF9 yang bertemakan ''Implementing the New Urban Agenda'' (Melaksanakan Agenda Perbandaran Baharu) menjadi platform pertama untuk dibahaskan tentang pelaksanaan dan pencapaian NUA.
Penyertaan dalam forum WUF9 adalah percuma dan orang awam serta semua pihak berkepentingan dalam bidang perbandaran dialu-alukan, menurutnya.
Pendaftaran untuk penyertaan orang awam dijangka bermula Julai ini, katanya.
"Melalui forum ini, para peserta akan memperoleh faedah dan amalan terbaik dalam membangunkan bandar ke arah memenuhi matlamat ''New Urban Agenda'' pada tahun 2036," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q6Q2SE✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment