Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adam Rosly tinggalkan Pas sebab kalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adam Rosly tinggalkan Pas sebab kalah

Pas Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan Ketua Pemuda AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes memiliki kemewahan luar biasa merupakan bekas ahli parti Islam itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad  berkata, Adam mula menukar haluan politiknya selepas tewas dalam merebut jawatan ketua pemuda Pas kawasan Ampang.

“Dulu Adam memang ahli Pas Ampang. Tetapi dia tewas dalam pemilihan ketua pemuda dan terus keluar Pas masuk PKR,” katanya.

Iskandar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa  bahawa Adam merupakan bekas ahli Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adam Rosly dahulu ahli Pas: Rafizi]

Sinar Online hari ini melaporkan, Rafizi dipetik sebagai berkata,  Adam terlebih dahulu menyertai Pas sebelum menyertai PKR pada 2010.

Rafizi berkata demikian sebagai menjawab kritikan segelintir pihak yang mengaitkan PKR dengan salah laku Adam.

Rafizi bagaimanapun berkata, PKR tidak boleh memandang mudah dengan kesalahan yang dilakukan Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti dan akan dijadikan modal politik oleh pihak musuh termasuk Umno dan Pas.

Semalam, Rafizi sekali lagi mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan.

Adam yang ditangkap dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh di mahkamah 21 April lalu.

The post Adam Rosly tinggalkan Pas sebab kalah appeared first on Berita Viral.



Untuk meneruskan bacaan  klik link ini atau copy paste di web server http://ift.tt/2p3aZMQ http://ift.tt/2q4AFHg

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.