M Suites, Ampang Hilir – Kediaman mewah yang serba-serbi ada
Kali ni Tok nak reviu pasal M Suites yang dibangunkan anak syarikat Mah Sing Group.
Korang mesti tau kan, Mah Sing memang terkenal dengan reputasi yang kukuh dan rekaan binaan yang ikonik.
Kalau diikutkan pembangunan kat Jalan Ampang dengan jarak beberapa kilometer dari KLCC, M Suite antara yang paling top.
Melabur kat situ memang menjanjikan peluang cerah. Memang tak sia-sia.
Anda ada pelbagai pilihan
Ada dua blok situ dengan unit kediaman dari kecil hingga saiz sederhana suite servis.
Didatangi dengan 7 jenis kediaman yang korang boleh pilih mengikut citarasa dan kemampuan.
Dari saiz studio hingga 3+1 bilik dengan keluasan binaan dari 502 hingga 1,630 kaki persegi.
Tiap unit ni ada sedia dengan system penyaman udara.
Fasiliti yang cukup superb
Dengan 442 unit kediaman, kawasan situ memang sedia kemudahan yang buat korang teruja.
Ditengah dua blok kondo tu, ada macam-macam kemudahan yang mana tak perlu keluar jauh.
Ada gimnasium indoor dan outdoor, kolam renang, miniplex, bilik majlis, sundeck, dan sebagainya.
Bagi yang suka aktiviti santai sambil relaks, korang boleh buat cuba sauna, yoga, meditasi, dan spa.
Kiri kanan, penuh kemudahan
Selain tu, jarak M Suites dengan Great Eastern Mall memang dekat. Hanya sejengkal saja. Situ jugak, korang akan berjiran dengan 80 kedutaan asing.
Kalau sakit, hospital banyak macam Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Pusat Perubatan Prince Court dan Pusat Perubatan Ampang Puteri.
Sekolah pun dekat, macam Sekolah Antarabangsa Sayfol, Sekolah Antarabangsa Fairview dan Sekolah Antarabangsa K.L Mutiara.
Jarak dengan pusat bandar hanya sejengkal
Dari M Suites, korang hanya perlu travel 3KM saja nak ke pusat bandar.
Kawasan situ juga dikelilingi dengan pelbagai kemudahan.
Dengan 7 minit jalan kaki, korang akan sampai stesen LRT RapidKL Jelatek. Jadi korang tak ada masalah kalau bab pengangkutan.
Apa yang anda perlu tahu tentang M Suites, Ampang Hilir?
Nama projek: M Suites (M Suites @ Embassy Row)
Alamat projek: Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Nama Pemaju: Star Residence Sdn Bhd (subsidiari Mah Sing Group)
Tarikh siap: 2013
Jenis: Serviced Apartment
Jenis Pegangan: Pegangan Bebas (Freehold)
Jumlah blok: 2
Jumlah tingkat: 20
Jumlah unit: 442
Keluasan binaan (Built-up area): 502 – 1,630 kaki persegi
Harga pelancaran: RM610,800 – RM1,541,800
Harga second hand (subsale): RM600,000 – RM1,850,000
Kadar Sewa: RM1,800 – RM6,500
Fi penyelenggaraan: RM0.35 setiap kaki persegi
Anggaran Ansuran Bulanan: RM2,847
Gaji Minimum yang Layak Beli: RM5,694
Jenis binaan yang ada di M Suites, Ampang Hilir
- Studio : 502 – 527 kaki persegi,
- 1 bilik : 608 – 949 kaki persegi,
- 1+1 bilik : 942 – 1,078 kaki persegi,
- 2 bilik : 959 – 1,121 kaki persegi,
- 3 bilik : 1,218 – 1,512 kaki persegi,
- 3+1 bilik : 1,630 kaki persegi.
Kemudahan yang disediakan di M Suites, Ampang Hilir
- Sekuriti 24 jam,
- Sistem penyaman udara,
- Gimnasium,
- Taman permainan,
- Kolam renang,
- Sundeck,
- Bilik majlis,
- Sauna / Jakuzi,
- Miniplex,
- Lounge,
- Podium runcit.
—
Dekat kawasan situ, banyak jugak projek yang hampir sama tengah naik. Paling dekat, korang akan nampak Sime Darby Embassyview dan Olive 108.
Jika Tok bandingkan dua projek ni dengan M Suites, korang akan dapat beza yang terbaik.
Sime Darby Embassyview ni lebih ekslusif, lower density dan harga dalam RM890 setiap kaki persegi.
Nak lagi, tenure pulak status pajakan.
Kalau Olive 108 ni lebih kepada komersial bersepadu dan pembangunan kediaman di atas tanah status pajakan.
SUMBER : PropWall, PropSocial & iProperty
The post M Suites, Ampang Hilir – Kediaman mewah yang serba-serbi ada appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste di web server http://ift.tt/2p3aZMQ http://ift.tt/2pyzpiQ
✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment