Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengawal Keselamatan Tidur Di Lokap Kerana Tepuk Punggung Wanita Di Miri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengawal Keselamatan Tidur Di Lokap Kerana Tepuk Punggung Wanita Di Miri

MIRI: Kerana “gatal tangan”, seorang pengawal keselamatan “mendaftar masuk” ke lokap polis, selepas menepuk punggung seorang wanita, yang juga rakan sekerjanya.

Pendaftar Mahkamah Rendah, Nur Hafizah Yatim meluluskan perintah reman selama dua hari terhadap pengawal berusia 48 tahun dari Skim Skuau, Batu 28, Jalan Oya itu untuk membantu siasatan setelah mangsa membuat laporan polis kerana gangguan seksual.

Sebelum itu, suspek ditahan sekitar jam 1.20 pagi pada Rabu lalu di Jalan Raja di sini.

Menurut Penolong Pegawai Penyiasat kes,  Sarjan Daveora Julaimi, berdasarkan fakta kes, mangsa yang berusia 26 tahun merupakan juruwang wanita di sebuah pasar raya di sini.

“Sekitar jam 8.55 pagi, pada Rabu lalu, ketika hendak memulakan kerja, suspek tiba-tiba menepuk bahagian punggungnya dengan tangan.

“Berdasarkan pengakuan mangsa, ini bukan kejadian pertama malah suspek pernah berbuat demikian beberapa kali sejak dua bulan lalu.

Kerana enggan gangguan seksual ini terus berlaku, selain berasa malu dipandang serong oleh rakan selerja, mangsa tampil membuat laporan polis. – Sarawakvoice

Gambar hiasan



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oOsPzP

✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.