Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amalan makan budu pegaga punca orang kelantan panjang umur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amalan makan budu pegaga punca orang kelantan panjang umur

Amalan makan budu pegaga punca orang kelantan panjang umur|Masyarakat Melayu Kelantan jarang dikesan menghidap kanser perut dipercayai kerana faktor pengambila budu dan pegaga dalam makanan harian.

Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Lee Yeong Yeh berkata, antara faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut namun bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya unsur biokimia yang terdapat dalam makanan tradisional tempatan itu merencat pertumbuhan H.pylori sekali gus mengurangkan risiko penyakit kanser perut golongan yang menggemari budu dan pegaga.
“Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.

“Selain daripada itu, penduduk Melayu di sini juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan Syarahan Umum sempena pelantikannya sebagai Profesor bertajuk ‘Perubahan Lanskap Kesihatan Gastrousus di Malaysia daripada H.Pylori kepada Obesiti’ di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian.

Selain beliau, seorang lagi profesor bidang Farmakogenetik, Prof. Gan Siew Hua turut menyampaikan syarahan bertajuk ‘Gen dan Ubat-ubatan Serta Penyelidikan Madu’.

Yang turut hadir, Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Dr. Ahmad Sukari Halim dan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Prof Dr Shaiful Bahari Ismail. –

The post Amalan makan budu pegaga punca orang kelantan panjang umur appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFek35

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.