'Baiki hubungan antara parti, baru fikir siapa layak jadi PM' - Nazri
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tidak gunanya jika pembangkang yang ketika ini dalam keadaan berkecamuk “bermimpi” mengenai perkara berkenaan sedangkan masalah di hadapan mata tidak dapat diselesaikan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas ura-ura kononnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan diangkat menjadi Perdana Menteri peralihan sementara menantikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Minta rakyat lihat sendiri prestasi Dr Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang dan nilailah sendiri.
“Saya minta mereka fokus untuk berbaik-baik dahulu sebelum bercakap tentang siapa yang akan jadi Perdana Menteri, selesaikan satu-satu isu dahulu,” kata Nazri.
Beliau ditemui selepas merasmikan program Komuniti Seni Budaya dan Kesukarelawanan IM4U Puspanita, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Dataran Kampung Laneh, Padang Rengas hari ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqrRPL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment