Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gadis Dipuji, Kerat Alat Sulit Perogolnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gadis Dipuji, Kerat Alat Sulit Perogolnya


Bukan semua wanita yang berani menggmbil tindakan sendiri sekiranya menjadi mangsa rogol, malah kejadian hitam itu berlaku di rumahnya sendiri.

Menurut laporan Suara.TV gadis itu telah mendapat pujian ramai kerana keberaniannya memotong alat sulit seorang lelaki yang cuba merogolnya.

Menurut pihak berkuasa, lelaki itu, Hari Swami telah menganiaya wanita berkenaan yang berusia 23 tahun itu, sejak bertahun-tahun lalu sebelum wanita itu mengambil keputusan nekad memotong alat sulit lelaki terbabit dalam kejadian mengejutkan di Kerala, India.

Dia menyembunyikan pisau di bawah bantal. Namun lelaki itu, yang juga seorang guru agama, telah mengaku kepada polis bahawa dia sendiri yang memotong alat sulitnya.

“Ia merupakan perbuatan yang berani yang dilakukan wanita itu,” kata ketua menteri Kerala, Pinarayi Vijayan.

Kejadian berlaku ketika wanita itu, yang juga penuntut undang-undang telah diserang oleh lelaki berusia 54 tahun itu di rumahnya.

Hari Swami telah dikejarkan ke hospital dan keadaannya stabil selepas menjalani pembedahan.

Ibu bapa gadis itu tidak menyedari mengenai penganiayaan yang dilalui oleh anaknya itu.

“Ibu bapanya terlalu percayakan Hari Swami hinggakan mereka menjadi buta dan lelaki itu sering dijemput untuk melakukan upacara khas di rumah mereka, di mana gadis itu telah diperkosa,” kata polis.

Gadis itu kini telah diletakkan di bawah perlindungan polis dan turut menerima rawatan kaunseling.

Sumber: Suara TV


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qGWgZ8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.