Hi! Welcome Back and Stay Tune! Heechul kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Heechul kemalangan

Anggota kumpulan Super Junior, Kim Heechul dilaporkan mengalami kemalangan kecil ketika dalam perjalanan menuju set penggambaran program JTBC, Ask Us Anything pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, ia hanyalah kemalangan kecil dan tidak membabitkan kecederaan. Memandangkan Kim Heechul sibuk dengan penggambaran, dia terpaksa meninggalkan lokasi bersama penata gayanya kerana tidak mahu lewat tiba di set penggambaran. Pengurusnya berada di lokasi kejadian untuk mengurus situasi.

Kenyataan rasmi daripada SM Entertainment mendedahkan, Kim Heechul mengaku berada dalam keadaan baik dan mahu meneruskan penggambaran seperti dijadualkan.

Kata wakil agensi, kerana keadaannya baik, dia terpaksa meninggalkan lokasi kejadian menuju ke set penggambaran.

Bagaimanapun, dia tetap diminta ke hospital selepas penggambaran kerana mereka bimbang mungkin ada kesan sampingan.

Dalam perkembangan lain, rakannya Kyuhyun bersedia menjadi ahli Super Junior terakhir menjalani latihan wajib perkhidmatan tentera.

Lima ahli lain, Leeteuk, Yesinh, Heechul, Sungmin dan Shindong sudah pun menjalani latihan masing-masing sebelum ini.

Pada masa ini, Donghae, Siwon, Eunhyuk dan Ryeowook masih menjalani latihan wajib ketenteraan.

Donghae, Siwon dan Eunhyuk yang menjalani latihan pada 2015 dijangka menamatkan latihan mereka sebelum penghujung tahun ini.

Ryeowook pula baru sahaja menjalani latihan wajib tentera tahun lepas dan dijangka kembali ke industri pada 2018.

Kyuhyun yang juga ahli termuda Super Junior adalah ahli terakhir menyertai latihan wajib perkhidmatan tentera.

SM Entertainment mengumumkan dia akan menyertai latihan di Pusat Latihan Nonsan Army yang terletak 100 kilometer dari pusat bandar Seoul, pada 25 Mei ini.

Selepas tamat latihan asas, dia akan dihantar ke unit petugas perkhidmatan awam untuk meneruskan tugas wajib.

Ia diumumkan pengurusannya yang mengatakan Kyuhyun akan menyertai latihan tahun ini sebagai petugas sosial.

Penyanyi itu yang pernah mengalami kemalangan pada 2007 dan selepas pemeriksaan fizikal, dia diputuskan hanya boleh menjalani perkhidmatan petugas sosial sahaja.

Sebelum pengumuman terakhir dibuat pada Selasa lalu, penyanyi berusia 29 tahun itu mengikuti siri jelajah Asia untuk bertemu dengan peminatnya.

Selain sebagai ahli Super Junior, dia juga bergelar pengacara program yang paling popular di Korea Selatan pada masa ini yakni Radio Star.

“Kami akan ambil keputusan bila dia akan merakam episod bersama kami buat kali terakhir,” kata sumber.

Sumber mendakwa, disebabkan beberapa episod baru sudahpun dirakam, episod yang dibintangi Kyuhyun akan tetap ke udara walaupun dia sedang menjalani latihan.

Pada masa ini, produser dalam proses mencari pengacara baru untuk menggantikan Kyuhyun.

Kebanyakan peminat berharap tempat Kyuhyun di Radio Star akan digantikan dengan rakannya, Heechul. Apatah lagi Heechul pernah muncul dalam program itu sebagai pengacara sebelum ini.

The post Heechul kemalangan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pvW10v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.