Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Adik Tak Mahu Mati Lagi, Mak! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Adik Tak Mahu Mati Lagi, Mak!

“Adik tak mahu mati lagi, mak.” Ungkapan itu diulang beberapa kali kanak-kanak lelaki yang nyaris maut selepas tangannya tersepit pada rim motosikal yang ditunggang ibunya

ALOR SETAR – “Adik tak mahu mati lagi, mak.” Ungkapan itu diulang beberapa kali kanak-kanak lelaki yang nyaris maut selepas tangannya tersepit pada rim motosikal yang ditunggang ibunya.

Menceritakan detik cemas ketika kejadian, Azizah Awang, 44, berkata mereka keluar seperti kebiasaan ke restoran berhampiran untuk membeli makanan.

Namun dia langsung tidak menyangka niat untuk membeli nasi kandar pada hari itu menjadi tragedi yang hampir meragut nyawa anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

Azizah berkata ketika kejadian dia menyedari anaknya terjatuh gara-gara cuba mencapai jaket yang hampir diterbangkan angin.

Mujurlah tiada kenderaan yang dipandu laju dari arah belakang ketika dia memberhentikan motosikalnya yang hampir terbabas.

“Saya nak bawak anak pergi beli nasi. Tiba tiba baju yang dia pegang itu jatuh dan masuk ke dalam roda bersama dengan tangan dia.

“Dia kata ‘matilah adik, ibu, dia kata macam tu. Saya kata ‘Tak, ibu ada, sabarlah’. Kemudian orang ramai datang tolong,” kata Azizah.

Akibat kejadian itu, mangsa Muhd Qayyum Sabri, 4, patah tangan dan bahu kiri selain putus saraf menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan dua batang besi di tangannya.

Doktor memaklumkan tangan anaknya berkemungkinan akan dipotong jika urat saraf tidak berfungi bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Azizah yang juga ibu tunggal melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelamatkan nyawa anaknya.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1.30 petang semalam menjadi tular di laman sosial apabila kejadian berkenaan dirakam kamera sebuah kenderaan. – Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p0FDEc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.