Hi! Welcome Back and Stay Tune! Empat pasangan ditahan dalam operasi banteras maksiat malam Hari Pekerja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Empat pasangan ditahan dalam operasi banteras maksiat malam Hari Pekerja

JOHOR BAHRU: Seramai lapan individu termasuk dua warga Indonesia ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam operasi membanteras maksiat yang diadakan sempena cuti Hari Pekerja di kawasan Tampoi di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINJ, Mohd Hafiz Abdul Rahman berkata empat pasangan itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkhalwat di tiga buah hotel murah yang diserbu di Taman Tampoi Utama dan Taman Tampoi Indah bermula 12 tengah malam hingga 2 pagi ini.

Kesemua mereka ditahan berusia antara 23 dan 27 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, kesemua pasangan tersebut dibawa ke Balai Polis Tampoi untuk diambil keterangan sebelum dibawa ke pejabat JAINJ untuk proses dokumentasi.

Beliau berkata operasi JAINJ ditumpukan terhadap hotel-hotel murah di sekitar Johor Jaya, Tampoi dan Skudai kerana ia dilihat menjadi ''sarang'' kepada pasangan luar nikah untuk melakukan maksiat.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qvPxy8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.