Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis AS buntu kes kucing 'diculik dan dibotakkan' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis AS buntu kes kucing 'diculik dan dibotakkan'

PIHAK berkuasa di Virginia, Amerika Syarikat (AS), buntu memikirkan kes 'penculikan' pelik yang berlaku di sebuah kawasan di negeri itu sejak beberapa bulan lalu.

Ini kerana, kes 'penculikan' itu hanya membabitkan kucing.

Lebih menghairankan, semua kucing yang diculik akan dikembalikan, namun dengan bahagian bawah badannya 'dibotakkan'.

Memetik laporan Reuters, tiada kecederaan dikesan pada kucing-kucing berkenaan, namun haiwan berkenaan dilihat agak takut-takut selepas 'dipulangkan' kepada pemiliknya.

Sejak Disember tahun lalu, pemilik-pemilik kucing di daerah Waynesboro, Virginia, dilanda kerisauan apabila beberapa kucing yang dipelihara di kawasan itu hilang.

Sehingga kini, polis sudah menerima tujuh laporan kehilangan kucing daripada pemilik di situ.

Jurucakap polis Waynesboro, Kapten Kelly Walker berkata, bulu kucing-kucing tersebut dicukur dengan corak yang hampir sama.

"Kesemua kucing yang diculik berada dalam keadaan sihat, sudah dimandulkan dan memakai kolar pada bahagian leher.

"Bulu kucing-kucing itu dicukur di bahagian perut, kaki dan peha," kata Walker.

Tambah Walker, mereka tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana kesemua kucing dipulangkan, namun meminta agar si pelaku berhenti berbuat demikian.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pnTWVZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.