Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kumpulan AirAsia catat muatan 89 peratus pada suku pertama 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kumpulan AirAsia catat muatan 89 peratus pada suku pertama 2017

KUALA LUMPUR: Kumpulan AirAsia mencatat faktor muatan sebanyak 89 peratus pada suku pertama 2017, naik tiga peratusan mata berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia Bhd berkata, jumlah penumpang yang dibawa meningkat 13 peratus tahun ke tahun kepada 15.23 juta, jauh lebih tinggi daripada pertambahan sembilan peratus dalam kapasiti tempat duduk.

Pada akhir suku di bawah kajian, bilangan pesawat kumpulan itu berjumlah 176 buah, katanya.

Malaysia AirAsia (MAA) mencatat faktor muatan 90 peratus pada suku pertama 2017, naik lima peratusan mata tahun ke tahun.

"Permintaan mengatasi pertambahan dalam kapasiti satu peratus tahun ke tahun, dengan jumlah penumpang dibawa meningkat enam peratus tahun ke tahun kepada 6.85 juta," kata AirAsia.

Menurutnya, frekuensi penerbangan ditambah kepada beberapa laluan, iaitu Kuala Lumpur (KL)-Maldives, KL-Pulau Pinang, Johor Bahru-Pulau Pinang, Johor Bahru-KL, Kuching-Sibu, Kuching-Bintulu, Kota Kinabalu-KL dan Kota Kinabalu-Tawau.

MAA mengakhiri suku tersebut dengan 77 pesawat (tidak termasuk dua pesawat A320 yang disera kepada Asia Aviation Capital dan seterusnya dipajak kepada syarikat penerbangan pihak ketiga.

Tambahnya, Thai AirAsia mencatat faktor muatan 89 peratus pada suku pertama 2017, naik satu peratusan mata pada suku pertama 2017, Indonesia AirAsia mencatat 82 peratus (naik tiga peratusan mata), Philippines AirAsia pada 92 peratus (naik lima peratusan mata) dan AirAsia India mencatat faktor muatan 89 peratus, naik tiga peratusan mata.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p0KOUK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.