Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak puas hati lamaran ditolak ibu teman wanita, lelaki tarik ke bilik dan tikam sampai mati yeman wanitanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak puas hati lamaran ditolak ibu teman wanita, lelaki tarik ke bilik dan tikam sampai mati yeman wanitanya

Seorang lelaki bertindak kejam apabila menikam kekasihnya sendiri hingga mati selepas hasratnya untuk berkahwin dengan wanita itu ditolak keluarga mangsa.

Lelaki berkenaan, Suyanto, 24, dilaporkan pergi ke rumah kekasihnya, Sonya, 19, di Sukawinatan di sini kelmarin untuk bertemu ibu wanita itu.



Kakak Sonya, Fatimah, 33, berkata, Suyanto yang juga pelajar Universiti PGRI di Palembang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan adiknya yang belajar di Universiti Bina Darma juga di Palembang.

“Bagaimanapun, ibu memberitahu dia tidak bersetuju dan tidak merestui perkahwinan mereka.

“Ibu berkata, jika mahu melamar datang secara baik ke rumah,” katanya yang dipetik akhbar Sriwijaya Post.

Ujarnya, kerana terlalu marah, Suyanto terus menarik Sonya ke dalam sebuah bilik dan terjadi pertengkaran antara mereka.

“Tidak lama selepas itu kami mendengar suara Sonya meminta tolong dan terus memecah pintu bilik sebelum melihat Suyanto sedang memangku adik saya yang berlumuran darah.

“Kami terus membawa Sonya ke hospital tetapi dia disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, Suyanto yang melarikan diri selepas itu memang ada konflik dengan ibunya.

Sementara itu, jurucakap polis Yon Edi memberitahu, bedah siasat mendapati mangsa maut akibat ditikam dengan pisau sebanyak empat kali pada badan dan dadanya.

“Suspek berjaya ditangkap beberapa jam selepas keluarga membuat laporan polis mengenai kematian mangsa.

“Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan didakwa atas tuduhan membunuh,” jelasnya.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pOr1fg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.