JAKIM persoalkan Mufti keluarkan kenyataan GST haram, Ini tindakan JAKIM
Putrajaya: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, hari ini mengeluarkan kenyataan media berkenaan isu Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang ditularkan baru-baru ini.
JAKIM menurut beliau, mengambil perhatian dan memandang serius berkaitan isu tersebut yang disiarkan oleh media massa. JAKIM merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014, telah memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) selagi mana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan tersebut, sebelum GST dilaksanakan, banyak kajian telah dijalankan secara terperinci untuk melihat tahap keperluannya.
Kerajaan melaksanakan GST ini adalah bagi memenuhi tujuan ekonomi, tujuan sosial dan kepentingan rakyat meliputi aspek kesihatan, pendidikan, tempat rekreasi, kebajikan dan keselamatan. Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi kepentingan umum (maslahah) ini.
Kenyataan tersebut turut menambah, inisiatif kerajaan berkenaan GST ini, adalah selaras dengan pandangan para ulama’ seperti Ibn Hazm, Ibn al-Musili, al-Syafi’i, al-Syatibi dan Ibn Khaldun yang membenarkan kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.
GST, menurut JAKIM, juga bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia, tetapi juga telah dilaksanakan di Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) seperti Turki, Maghribi, Pakistan, Mesir, Kazakhstan, Bangladesh, Algeria, Azerbaijan dan Uzbekistan.
Malahan, Arab Saudi juga sedang membuat persiapan ke arah tersebut. Justeru itu, JAKIM menasihati semua pihak supaya memahami dengan lebih teliti kaedah pelaksanaan GST di Malaysia sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengundang salah faham di kalangan masyarakat.menara.my
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pxyjkn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

Post a Comment