Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fakta Menakutkan!! warga asing akan menjadi yang kedua tertinggi di Malaysia selepas kaum melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fakta Menakutkan!! warga asing akan menjadi yang kedua tertinggi di Malaysia selepas kaum melayu

Fakta, bilangan pendatang asing telah mengatasi jumlah keseluruhan bangsa India di Malaysia pada tahun lepas. Turut dijangkakan angka migran ini akan meningkat sehingga bakal mengatasi populasi bangsa Cina pula pada 2034.


Berdasarkan jangkaan itu, populasi warga asing akan menjadi yang kedua tertinggi di Malaysia selepas bangsa Melayu dengan peratusan sebanyak 24.2% pada 2040 iaitu 10.061 juta berbanding 7.474 juta bangsa Cina.

Ia telah dilaporkan oleh Chua Choon Hwa dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berdasarkan data oleh Jabatan Statistik Malaysia dan Kajian Tenaga Buruh Kebangsaan 2014 di forum “Populasi Malaysia dalam 2050 : Makna kepada Sosio Ekonomi?”, menurut The Edge Markets.

Ini gara-gara kebergantungan yang tinggi terhadap tenaga buruh asing berkemahiran rendah sehingga terdapat 3.1 juta pekerja asing berbanding 2.053 juta bangsa India di Malaysia.

Selain itu keadaan akan menjadi semakin buruk apabila kadar kesuburan di kalangan rakyat negara ini sedang berada pada tahap yang membimbangkan.

Purata anak untuk pasangan berbangsa Melayu adalah seramai dua orang, manakala suami isteri di kalangan kaum Cina dan India, mencatatkan kadar purata yang lebih rendah, menurut Bernama.

Namun begitu, dalam masa yang sama dijangka peningkatan jumlah pekerja wanita dari 54.1% pada 2015 ke 59% pada 2020 yang dipercayai akan memberi manfaat kepada ekonomi negara.

Bagi saya, wanita boleh bekerja tetapi rasa penat dan tekanan di tempat kerja boleh mempengaruhi kesuburan wanita. Jadi, jika mengharapkan jumlah wanita bekerja meningkat, perlu ada sokongan daripada pihak majikan buat golongan ini agar tidak menganggu gugat populasi negara.

Ia sejajar dengan apa yang dinyatakan oleh Chua iaitu: “Terdapat keperluan untuk menyediakan sokongan untuk ibu yang bekerja, termasuk pusat penjagaan anak di tempat kerja, waktu kerja yang fleksibel dan mudah (daripada) mengambil cuti untuk menjaga anak yang sakit.”

Selain dua realiti di atas yang perlu dihadapi negara, ada satu lagi perkara yang akan berlaku iaitu peningkatan populasi warga tua yang akan dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi negara sekiranya Malaysia tidak bersedia dari sekarang.

Hal ini boleh terjadi apabila bilangan yang boleh menyumbang untuk cukai negara iaitu mampu bekerja berkurangan. Isu ini wajar dipandang serius demi masa depan negara. – tv


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oPd00S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.