Hi! Welcome Back and Stay Tune! MIC yakin menang 7 kerusi Parlimen, 14 DUN dalam PRU14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MIC yakin menang 7 kerusi Parlimen, 14 DUN dalam PRU14

SUNGAI PETANI: MIC menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya tujuh kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Seri Dr S. Subramanian berkata, parti itu melihat peluang cerah untuk menang di beberapa kerusi di Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Pahang dan dua kerusi di Kedah.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan faktor hasil gerak kerja yang diatur dan akan dilakukan jentera MIC dalam masa terdekat ini, misalnya melalui aktiviti mendaftar pemilih baharu dan program turun padang bersama badan bukan kerajaan (NGO).

"Kita telah mengenal pasti bahawa kita boleh menang enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada PRU14 dan kalau boleh, cuba mendapatkan tujuh kerusi.

"Bagi kerusi DUN pula, walaupun PRU lepas kita hanya bertanding di 18 kerusi, namun kali ini kita akan bertanding di semua 19 kerusi dan sasaran menang sekurang-kurangnya 13 atau 14 kerusi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemukiman MIC: ''Persiapan Menjelang PRU14'', di Universiti AIMST, dekat sini, hari ini.

Pada PRU13 pada 2013, MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan lima daripada 18 kerusi DUN yang ditandingi oleh parti kaum India itu.

Mengulas mengenai kemungkinan meletakkan calon dari parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain untuk bertanding di kerusi yang gagal dimenangi MIC dalam PRU lalu, Dr Subramaniam menegaskan, ia perlu diputuskan menerusi perbincangan.

"Kerusi yang ditandingi MIC, dan memang jelas milik MIC, begitu juga kerusi yang kita kalah, tetap milik MIC, itu yang diamalkan dalam budaya politik BN.

"Kalau pun ada perubahan, ia akan dibuat dalam suasana persetujuan di mana MIC diberikan kerusi lain, yang mempunyai peluang kejayaan yang sama," katanya, yang juga Menteri Kesihatan..

Terdahulu, hampir 300 pemimpin MIC pelbagai peringkat dari seluruh negara, menghadiri program pemukiman itu selama tiga hari, bermula Sabtu lepas.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p0Ordc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.