Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dia yang pinang untuk saya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dia yang pinang untuk saya

Dia yang pinang untuk saya|Kuala Lumpur: “Saya bersyukur kerana perkahwinan kedua ini mendapat restu daripada isteri pertama. Malah dia jugalah yang meminang isteri kedua saya yang kini madunya,” kata Mohd Jaafarudin Md Ali, 38.

Mohd Jaafarudin menikahi isteri keduanya, Norazian Zakaria, 38, pada 2015 selepas mendirikan rumah tangga bersama isteri pertamanya, Asmaa Salam, 30, pada 2009.

Menceritakan detik manis itu, Mohd Jaafarudin berkata, dia mula berkenalan dengan Norazian yang juga ibu tunggal ketika dia mengadakan ceramah keagamaan, dua tahun lalu.

Menurutnya, selepas menjalani ‘taaruf’ atau suai kenal, dia kemudian meminta pendapat isterinya untuk berkahwin atas sebab untuk membantu Norazian.

Dia berkata, selepas kedua-dua mereka berkenalan selama beberapa bulan, isteri pertamanya kemudian memberi restu dan turut menawarkan diri untuk meminang Norazian.

“Saya bersyukur kerana proses perkahwinan ini berjalan lancar. Isteri pertama banyak membantu menguruskan urusan pinangan seterusnya menjadikan Norazian itu sebagai madunya,” katanya. Menurutnya, dia tidak melihat isu berpoligami sebagai satu perkara yang harus dipandang serong kerana segala keputusan itu harus berpandukan niat sebenar perkahwinan terbabit.

“Jika kita melakukan sesuatu perkara itu secara jujur dan telus, maka natijahnya ia akan dipermudahkan,” katanya.

Mohd Jaafarudin berkata, dia sedaya upayanya cuba untuk bersikap adil dengan semua perkara dan turut menjaga sensitiviti dan perasaan setiap isteri.

“Sejak berpoligami, kami bertiga sudah berpakat dengan setiap perkara yang dilakukan dan saya sebagai suami akan cuba bersikap adil terhadap kedua-dua isteri.

“Kalau boleh biar semua perkara dibuat bersama. Malah bercuti juga saya akan membawa kedua-dua isteri,” katanya.

Ditanya adakah beliau akan berkahwin buat kali ketiga, Mohd Jaafarudin berkata, dia bersyukur dengan kehidupan yang dibinanya ketika ini.

“Perkahwinan ini berkait rapat dengan tanggungjawab dan juga kemampuan diri sendiri.

“Bagaimanapun kedua-dua mereka sudah memberi ‘lampu hijau’ sekiranya saya bersedia untuk berkahwin tiga,” katanya yang juga seorang penceramah bebas.

Mohd Jaafarudin mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinannya bersama isteri pertama dan sedang menunggu kelahiran anak pertamanya bersama isteri kedua, dijangka pada September ini.

The post Dia yang pinang untuk saya appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qvVo6e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.