Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hadi Awang ucap terima kasih kepada kerajaan beri PAS bentang RUU 355 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hadi Awang ucap terima kasih kepada kerajaan beri PAS bentang RUU 355

ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana memberi laluan kepada parti itu membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau berkata pembentangan rang undang-undang itu merupakan satu sejarah buat PAS dan parti itu akan sentiasa mengingati jasa baik kerajaan.

"Kita (PAS) berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan laluan berharga buat PAS untuk membentangkan usul berkenaan. Kita tidak akan lupakan perkara itu sampai bila-bila.

"Suara hati kita telah berjaya dilontar di Parlimen dan keputusan menangguhkan persidangan Parlimen membolehkan kita memberi penerangan mengenai RUU itu kepada masyarakat," katanya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar PAS ke-63 di Kota Sarang Semut di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku di Parlimen semasa pembentangan RUU berkenaan memperlihat kedangkalan sesetengah Anggota Parlimen terutama daripada pembangkang.

"Kita perhatikan akhlak murahan termasuk (Anggota Parlimen) bukan Islam yang membantah pembentangan itu dengan menunjukkan aksi terjerit-jerit dan melaungkan kata kurang sopan...ini bukanlah ciri-ciri Anggota Parlimen sejati yang dipilih rakyat. Kerana marahkan PAS untuk memartabatkan Islam, PAS telah dihalang sebegitu rupa," katanya.

Abdul Hadi turut menegaskan bahawa PAS bukannya parti persinggahan bagi pihak-pihak tertentu yang mahu memperguna parti Islam itu demi kepentingan diri sendiri.

"Jangan jadikan PAS parti persinggahan hanya untuk sementara dan kemudian berambus pergi bila "aircond" kita rosak," katanya.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya menyemak semula perjalanan semua parti politik di negara ini berikutan ada parti politik yang dilihat tidak menghormati perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk mempersoalkan kedudukan agama Islam.

Pada sidang media kemudian, semasa ditanya sama ada ucapan terima kasih PAS kepada kerajaan membayangkan kemungkinan PAS dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama, Abdul Hadi berkata PAS akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang mementingkan kebajikan rakyat dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

"Konsep kerjasama kita adalah untuk perkara yang baik. Perkara yang baik seperti kebajikan rakyat, kita boleh bekerjasama. Kalau bercanggah dengan agama Islam, kita bangkang, kita tentang... itu pendirian kita yang terbuka," katanya.

Ditanya mengenai parti mana yang menjadikan PAS sebagai parti persinggahan, beliau berkata itu adalah satu kenyataan umum kerana PAS tidak memusuhi mana-mana parti politik.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS bersedia menggantikan kerajaan sedia ada kerana pihaknya optimis mampu mencapai sasaran memenangi 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menjawab dakwaan bahawa PAS akan mendapat undi tercorot jika bertanding satu lawan satu pada PRU14, beliau berkata PAS mempunyai banyak pengalaman dalam pilihan raya dan sebarang kemungkinan boleh berlaku.

"Kita pernah menghadapi segala kemungkinan kerana sejarah politik kita, senario kita lebih panjang

daripada orang lain. Kita pernah bersendirian, kita pernah tinggal satu kerusi, negeri ini ada kerusi, negeri itu kita tak ada kerusi langsung. Pertandingan dua, tiga dan empat penjuru.... pengalaman kita banyak," katanya.

Berhubung keputusan tahaluf siyasi yang akan diputuskan Majlis Syura Ulama, Abdul Hadi berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada badan itu dan terpulang kepada mereka bila mahu bermesyuarat bagi menentukan perkara itu.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pnSEKI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.