Hi! Welcome Back and Stay Tune! Padah Berurut Selepas Kemalangan, Terkena Jangkitan Kuman Yang Boleh Bawa Maut. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Padah Berurut Selepas Kemalangan, Terkena Jangkitan Kuman Yang Boleh Bawa Maut.

“Ye doktor, saya terus ke hospital Jerantut selepas mengurut itu, sebab sakit sangat. Berdenyut-denyut betis saya ini.

Seorang lelaki India berusia awal 20-an dimasukkan ke wad saya 2 minggu yang lalu dengan kesakitan yang amat sangat pada betis kiri beliau. Saya yang Oncall pada hari tersebut terus datang ke wad bagi melihat beliau kerana diberitahu kemungkinan beliau mengalami Necrotising Fasciitis.

Necrotising fasciitis ialah sejenis jangkitan kuman yang amat serius dan boleh membawa maut. Ia biasanya disebabkan oleh kuman Staphylococcus aureus, gram positive Cocci dan Clostridium species.

“Encik Siva (bukan nama sebenar), apa khabar? Apa jadi ini?” kataku sambil tersenyum ke arah lelaki yang sedang terbaring di kubikel sub-akut Wad Kenanga 5, HOSHAS.

“Lepas itu ada kawan saya suruh pergi berubat kampung. Ada orang bagi tahu saya, ada tukang urut terer dekat Jerantut. Saya pergilah. Takutlah juga kan sebab saya eksiden itu pukul 12 malam. Lepas itu dekat dengan kubur pula."

Tergelak saya. Encik Siva pun tergelak sama. Geli hati.

“Encik Siva, saya ingatkan orang Melayu saja percaya benda karut-marut macam itu. Orang India pun percaya yer?”

“Manalah tahu doktor, takut la. Ada kawan Melayu saya suruh saya pergi berurut.”

“Tisu dalam kaki awak ini sebenarnya ada yang sudah mati dan dah dapat jangkitan kuman. Biasanya akan ada kecederaan tisu otot masa hentakan masa eksiden itu. Jika diurut, kecederaan dalaman pada kaki itu boleh merebak dan tisu boleh mati. Jangkitan kuman pun boleh melarat.”

“Kenapa terjadi jangkitan kuman ini doktor?” soalnya.

“Masa kemalangan, biasa ada luka pada kulit. Luka ini ada masanya terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar dan boleh jadi laluan untuk kuman masuk.”

“Jadi sekarang macam mana doktor?”

“Sekarang Encik Siva kena puasa dulu. Antibiotik kita dah bagi yang kuat sebab jangkitan ini agak serius. Kita terpaksa buat pembedahan untuk buang tisu yang mati. Kita buat secepat mungkin. Masalahnya, ada kes yang datang lambat hingga kuman dah masuk dalam peredaran darah dan rosakkan fungsi buah pinggang dan lemahkan jantung. Akhirnya kami terpaksa potong kaki untuk selamatnya nyawa pesakit.”

“Ye doktor, saya terus ke hospital Jerantut selepas mengurut itu, sebab sakit sangat. Berdenyut-denyut betis saya ini. Terus doktor rujuk saya ke HOSHAS.”

Masyarakat kita terlalu percayakan berurut. Jatuh sikit, berurut. Patah, berurut. Pening kepala, berurut. Angin pasang, berurut. Sakit perut, berurut. Anak songsang, berurut. Longgar, urut. Lembik, urut.

Sudah-sudahlah terlalu percayakan tukang urut itu. Mereka tidak akan bertanggungjawab jika kepatahan anda senget, jangkitan kuman berlaku, anak anda meninggal dalam perut dan sebagainya. 


Nak tengok keadaan tulang patah yang mereka urut pun anda disuruh ke hospital untuk x-ray. Kalau dah dikatakan Pakar Urut, tak payahlah ke hospital. Kan, Pakar!

Therepoter.my


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pn4Vz8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.