Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Guardians of the Galaxy Vol. 2’ Tidak Setanding Filem Pertama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Guardians of the Galaxy Vol. 2’ Tidak Setanding Filem Pertama

APABILA Guardians of the Galaxy (2014) menjadi salah sebuah filem terlaris dalam galaksi Marvel Cinematic Universe (MCU) dengan kutipan pecah panggung AS$773 juta (RM3.35 billion) di seluruh dunia, pastinya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Mudah dalam konteks ini adalah untuk mengekalkan kecemerlangan tersebut yang bukan hanya diukur daripada kutipan tiket semata-mata tetapi juga ulasan dan kritikan positif yang diterima oleh filem berkenaan.
Pastinya dengan kejayaan yang diraih itu, Marvel Studios selaku penerbit tidak mahu melepaskan peluang emas untuk menjadikan Guardians of the Galaxy sebagai filem bersiri.

Maka itu, selepas tiga tahun, siri keduanya, Guardians of the Galaxy Vol. 2 atau penulis selesa ringkaskan sebagai GG2 sudah mula menemui penonton tempatan sejak 27 April lalu (tayangan di Amerika Syarikat hanya bermula 5 Mei).

Secara peribadi, penulis memang sukakan filem pertama yang penulis sifatkan perjalanannya tidak ubah seperti roller coaster yang memiliki momentum naik turunnya lalu menjadikan Guardians of the Galaxy sebagai sebuah santapan cukup menyelerakan.

Tidak hanya mempertaruhkan efek visual, kesan khas dan runut bunyi yang mengukuhkan lagi naskhah tulisan dan arahan James Gunn itu, tetapi Guardians of the Galaxy memiliki premis yang kuat untuk menyakinkan audiens bahawa ia bukan hanya sekadar filem adaptasi komik semata-mata.

Justeru, apabila Gunn kembali dengan GG2, persoalan utama yang dibangkitkan adalah apakah ia mampu setanding atau menjadi lebih hebat berbanding filem pertamanya.

Apatah lagi, ada beberapa buah filem susulan MCU sebelum ini tidak terlepas daripada kritikan dan perbandingan. Semua itu bukan hendak melemahkan atau menjatuhkan tetapi sebaliknya khalayak yakin MCU tidak akan sesekali menghampakan mereka.

Berbalik kepada GG2, penulis harus katakan bahawa filem kedua ini tidak berupaya untuk menandingi filem pertama terutama dari aspek penceritaan dan perjalanan filemnya.

Tidak dinafikan, premis kali ini memang menarik terutama bagaimana secara tiba-tiba Peter Quill atau Star-Lord (lakonan Chris Pratt) dikejutkan dengan kehadiran figura yang mendakwa sebagai bapanya, Ego (Kurt Russell).

Apatah lagi, Quill sendiri sudah lama mahu mencari bapanya dan Gunn mahu meneroka lagi aspek penceritaan tu untuk memberikan gambaran yang lebih luas tentang hubungan antara Quill dan Ego.
Akan tetapi, pengolahan cerita tersebut terlalu perlahan dan mengambil masa yang agak lama untuk mencapai klimaks lalu merencatkan sedikit momentum penonton sehinggalah pada babak-babak akhir.

Dari sudut lain juga, penulis melihat banyak babak yang dirasakan boleh dilakukan dengan lebih pantas tanpa perlu membuang masa kerana filem pertamanya sudah cukup dikenali sebagai filem yang sarat dengan babak aksi yang mengagumkan.

Namun begitu, penulis tidak mengatakan GG2 adalah karya yang teruk mahupun buruk. GG2 masih lagi memiliki jiwa dan emosi yang tersendiri terutama dalam menyampaikan tema kasih sayang, persahabatan dan kekeluargaan.

Dalam naskhah keduanya ini juga, Gunn menggunakan tema sedemikian untuk meneruskan legasi Guardians of the Galaxy itu sendiri sejak dari filem pertama lagi.

Sementara itu, seperti mana filem pertamanya, GG2 juga masih lagi mengekalkan kecemerlangan dari aspek teknikal yang menjadikan filem ini berada dalam acuannya sendiri.

Penataan seni, tata rias, rekaan busana dan suntingan memainkan peranan penting untuk menghidupkan GG2 terutama runut bunyi yang kali ini banyak berkait rapat dengan aspek penceritaannya.
Gabungan tersebut telah melengkapkan GG2 untuk menjadi sebuah filem yang cukup indah jika diukur dari aspek sinematik bagi sebuah filem aksi dan sains fiksyen.

Cuma, perjalanan filem ini dan aspek penceritaannya sahaja tidak dapat meletakkan GG2 untuk berdiri setanding dengan filem pertamanya. Semoga kelemahan itu akan diperbaiki oleh Gunn dalam filem susulan ketiga, Guardians of the Galaxy Vol. 3 kelak.
Satu sahaja nasihat

The post ‘Guardians of the Galaxy Vol. 2’ Tidak Setanding Filem Pertama appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pnkCX4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.