Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hafiz Hamidun Sah Suami Pengasas Kosmetik Joy Revfa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hafiz Hamidun Sah Suami Pengasas Kosmetik Joy Revfa

Penyanyi Hafiz Hamidun selamat bergelar suami kepada pengasas kosmetik Siti Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa dengan sekali lafaz petang Isnin.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana kira-kira pukul 3.20 petang di Dewan Masjid Negeri, di sini.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 33, dan Joy dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Firdaus Subhi.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pada upacara itu, penyanyi lagu Jodoh Berdua ini turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dibalas dengan sembilan dulang daripada pengantin.

Pasangan mempelai kelihatan berseri-seri dalam persalinan rona putih rekaan Cosry.

Pernikahan mereka turut disaksikan seramai 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam satu majlis sederhana pada 22 Mac lalu.

The post Hafiz Hamidun Sah Suami Pengasas Kosmetik Joy Revfa appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pP5LG0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.