7 Kerugian Jika Anda Tinggalkan Ibadah Qiamullail...Mari Amalkan Bersama
"Mereka sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).” Surah al-Zariyat:16-18
Antara ibadat yang sangat dituntut ialah qiamullail iaitu bangun malam dan beribadah. Ia adalah ibadat tambahan yang melengkapkan dan menyempurnakan solat-solat fardhu.
Pada asalnya, qiamullail ini telah diperintahkan oleh Allah kepada Nabi s.a.w. Walaupun perintah ini diberikan kepada Nabi s.a.w, namun umat Islam juga digalakkan untuk melakukkannya. Ini kerana kita dituntut supaya mengikut Nabi s.a.w.
Berikut adalah 7 kelebihan melakukan qiamullail;
#1 – Mencontohi Ibadat Para Al Solihin
Menurut riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda (maksud):
“Hendaklah kamu berqiamullail kerana sesungguhnya ia adalah cara al-solihin (orang-orang soleh), ia juga mendekatkan kamu kepada Tuhanmu dan menghalang kamu daripada dosa.”Al-Hakim
#2 – Mendapat Kebaikan Dan Rahmat-Nya
Firman Allah s.w.t (maksud);
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan mata air-mata air terpancar daripadanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).”Surah al-Zariyat:15-18
#3 – Mendapat Pujian Dan Sanjungan Daripada Allah
Firman Allah s.w.t (maksud);
“Dan hamba-hamba (Allah) al-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan-santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat daripada perkara yang tidak diingini dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.”Surah al-Furqan:63
#4 – Mendapat Keistimewaan Berbanding Mereka Yang Tidak Melakukan Qiamullail
Firman Allah s.w.t (maksud);
“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”Surah al-Zumar:9
#5 – Termasuk Dalam Golongan Yang Beriman Dengan Ayat-Ayat Allah
Firman Allah s.w.t (maksud);
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takabbur.”Surah al-Sajdah:15
#6 – Mendapat Kemuliaan Allah
Sahal bin Saad berkata: Jibril pernah datang kepada Rasulullah s.a.w lantas berkata (maksud);
“Wahai Muhammad! Hiduplah bagaimana yang kamu mahu kerana sesungguhnya kamu akan mati. Beramallah bagaimana yang kamu mahu kerana sesungguhnya kamu akan dibalas dengannya. Cintailah sesiapa yang kamu mahu kerana sesungguhnya kamu akan berpisah dengannya. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya sharaf (kemuliaan) seorang Mukmin itu ialah qiamullail dan izzahnya (kemuliaannya) ialah dia terkaya (tidak berhajat) kepada manusia lain.”Al-Sayyid a-Sabiq, Fiqh al-Sunnah
#7 – Mendapat Tempat Di Syurga
Dalam hadis riwayat Abdullah bin Salam, Rasulullah s.a.w bersabda (maksud);
“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah ucapan salam, berikanlah makan dan bersolatlah pada waktu malam nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.”Riwayat al-Tirmizi
✍ Sumber Pautan : ☕ ISU sEMASA
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pncDJo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment