Hi! Welcome Back and Stay Tune! KENAPA PAS SEMAKIN PELIK? ADAKAH INI BAHANA KERANA BERKAWAN DENGAN UMNO? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KENAPA PAS SEMAKIN PELIK? ADAKAH INI BAHANA KERANA BERKAWAN DENGAN UMNO?

Pecat dulu baru Pas Selangor nyatakan pendirian – tidakkah ini benar-benar pelik?

Pas Selangor dilaporkan akan menyatakan pendirian berhubung kedudukan 13 Adun mereka hanya jika tiga Exconya dipecat oleh Menteri Besar, Azmin Ali.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Salehan Mukhyi berkata, dakwaan kononnya semua Adun Pas di negeri ini bersedia keluar daripada pentadbiran negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah satu dakwaan tidak berasas.

“Itu tak benar. Nak tahu apa  benar, tunggu selepas dipecat, barulah kita akan beritahu sesuatu yang benar,” kata beliau.

Nak nyatakan pendirian apa lagi?

Kenapa Pas Selangor seolah-olah masih nak mengugut Azmin Ali?

Tidakkah pendirian Pas Selangor sudah diketahui umum iaitu parti itu tiada lagi apa-apa hubungan dengan PKR?

Bukankah Pas sendiri yang  memutuskan hubungan dengan PKR yang bermakna 13 Adun berkenaan juga secara automatik tiada hubungan lagi dengan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor?

Kenapa Pas tak habis-habis bermain sandiwara tentang kedudukan 13 Adun mereka di Selangor sedangkan ia sebenarnya tidak perlu dibahaskan apa-apa lagi?

Bila parti sudah tiada hubungan, bermakna 13 Adun Pas juga tiada hubungan lagi dengan PKR dan Pakatan Harapan.

 

 

Walaupun  masih duduk sebagai Exco, tidak ada sesiapa yang mengiktiraf tindakan Pas masih bergayut pada jawatan tersebut dari segi moral. Semua orang yang waras akan mengatakan Pas perlu berundur secara terhormat tanpa perlu berlengah-lengah lagi.

Di mata umum, Pas dilihat hanya bertahan semata-mata kerana jawatan, gaji dan ganjaran yang dirasa begitu sukar untuk dilepaskan, bukan kerana perjuangan atau prinsip moral yang mahu dipertahankan.

Kenapa Pas semakin pelik kebelakangan ini?

Adakah ini bahana kerana berkawan baik dengan UMNO? 

Atau Pas bersikap pelik sekarang kerana itulah skrip yang disediakan UMNO bagi tujuan mengkucar-kafirkan Pakatan Harapan?

http://ift.tt/1Ka9Gf1

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q5NwbP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.