Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR KINI DI PERSIMPANGAN MAUT: PAKAR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR KINI DI PERSIMPANGAN MAUT: PAKAR

SHAH ALAM – Konflik PKR dan Pas akan menyebabkan agenda Pakatan Harapan tidak tercapai, itu kata penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib.

Md Shukri juga tidak menolak, Pas akan bekerja lebih kuat dan tidak akan membiarkan kerusi PKR selamat selepas memutuskan hubungan dengan parti itu.

“Jika Pas bertindak bertanding di kerusi-kerusi PKR, maka kemungkinan besar walaupun Pas tidak akan menang di kawasan terbabit, tetapi mangsa politik yang tragis adalah PKR.

“Ramai calon PKR kemungkinan ‘mati katak’ jika Pas bertindak menguasai semula kerusi yang dipinjam kepada PKR,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Menurut Md Shukri yang juga merupakan Felo Penyelidik Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan), apa yang berlaku antara Pas dengan PKR juga akan menjadikan hubungan antara kedua parti itu tidak akan terjalin seakrab dahulu.

“Konflik yang melanda hingga terbubarnya tahaluf Pakatan Rakyat dahulunya boleh diandaikan berkisar soal hubungan pemimpin dan tokoh DAP dengan pihak Pas.

“Jika masing-masing parti termasuk DAP mampu memahami apa keperluan Pas, maka hubungan politik tidak akan sampai ke tahap kritikal sebegini.

“Kejayaan PKR sebagai ejen penyatu Pas dan DAP jelas, malangnya kini PKR akan terhakis peranannya dan mungkin akan mengalami tsunami defisit sokongan akibat ketiadaan Pas bersama mereka,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, PKR kelihatan akan terus menjadi musuh kepada Pas kerana persahabatan akrab dengan DAP termasuk dengan Amanah yang merupakan seteru Pas.

“Jadi kini PKR dalam persimpangan maut.

“PKR mungkin hanya akan mengharapkan kemenangan di kawasan pengundi cina melebihi 60 peratus. Apa yang boleh PKR buat adalah dengan meminta DAP meminjamkan kerusi mereka bagi memastikan survival parti berkenaan,” katanya lagi.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rq90nK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.