Patah tangan kiri tersepit di rim tayar motosikal
Dalam kejadian pada waktu tengah hari di Jalan Simpang Kuala, mangsa berusia 7 tahun membonceng motosikal yang ditunggang ibunya sebelum terjatuh dan tangannya tersepit di rim tayar belakang.
Ibu mangsa segera memberhentikan motosikalnya dan meminta orang awam membantu menyelamatkan anaknya.
Pihak Bomba dan Penyelamat Kedah, tiba di lokasi kejadian jam 2.08 petang dan mendapati tangan mangsa telah berjaya dikeluarkan olejh orang awam.
Mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada pihak ambulans dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut.
Sementara itu di media sosial, netizen mendakwa kain hijau yang dipercayai dipegang oleh mangsa terjuntai dan termasuk dalam tayar, lalu menarik tangan mangsa sebelum terjatuh dan tersepit.
Justeru, para penunggang motosikal terutamanya golongan wanita diingatkan agar sentiasa memakai pakaian yang bersesuaian dan mengutamakan keselamatan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang. - The Reporter
✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qn9WWJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment