Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pukul 12 Tenghari Tak Bangun Lagi. Apa Yg Ditemui Kat Bilik Adik Perempuan Aku Buat Korang TERKEJUT !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pukul 12 Tenghari Tak Bangun Lagi. Apa Yg Ditemui Kat Bilik Adik Perempuan Aku Buat Korang TERKEJUT !!!


Aku ada sedikit teguran yang agak kasar kepada segelintir gadis di luar sana dan aku harap gadis di luar sana boleh buka mata tentang perkara yang sering dianggap remeh ini. Aku tahu, tak semua gadis diluar seperti apa yang aku akan perkatakan, tetapi jika korang baca entri aku, korang rasa itu adalah diri korang, berubahlah. Jika korang adalah dari golongan “gadis normal” aku ucapkan tahniah dan syabas betey. Hahaaa..

Okeh pendekkan cerita. Aku sebagai lelaki, aku kesian tengok mak aku sendiri. Ada anak perempuan tapi liat (pemalas dan banyak alasan) tak di nafikan termasuk aku juga walaupun aku lelaki. Tapi aku sekarang dah sedar, dan aku nak korang sedar.. Aku takut korang tidur lama sangat tak sedar2 pasal isu remeh temeh ni.

Pernah sekali aku menegur adik aku, bangun tidur kul 11-12 tengah hari. Makk aih. Aku tak tahu la dia tidur ke dia tengah muhasabah diri dalam keadaan diam? Aku ketuk pintu tak nak bangun. Aku masuk bilik, dia punya lena bukan main. Aku pun pergi kat telinga dia sebut “maaa..robbukkaaa…”
Tahu tekejut! Hmm. Kau tu anak dara, bangunlah awal.. Adoi…

Tak habis lagi ya isu tu, ni isu lain pasal lipat baju di rumah. sebagai seorang perempuan normal, sentiasa mahukan ke”perfect”an tu betol tak? Tak kan lah nak buat kerja acuh tak acuh walaupun mak kau tak kisah. Lipat baju macam roti canai. Asbol je.. (Asal boleh).. Alasannya adalah “alah nanti dah kahwin aku berubahlah…”
Persoalan nya kenapa dah kahwin baru nak berubah? Kenapa? Adakah perasaan mak ayah kau tu tak penting sepanjang kau bernafas? Aku yang lelaki ni pon lipat baju siap shape2 kiri kanan tau. Tajam je penjuru baju aku! Bukan nak kata apa, tapi memang aku nak belagak kejap la ni. Heee.

Selain isu didalam rumah, isu luar rumah contohnya tak tutup aurat.. Pun bila di tegur alasannya, dah kahwin nanti aku pakailah tudung.. Kau ingat lawooo sangat ke apa kau dedah2 aset kau yang mcm tempurung tu? Yang mengerutu berkurap apa semua kau tunjuk2 pada orang. Sebab tu Allah mewajibkan menutup aurat bagi perempuan supaya aibnya dijaga. Sayangnya Allah tu pada kaum Hawa, tapi kaum Hawa je tak sayang Allah..

Ya Allah.. Kalau mak ayah kau dengar kata-kata tu, luluh hati mereka. Bayangkan kalau suatu hari nanti, anak kau cakap macamtu.. “Nanti dah kahwin berubahlah”…
hari-hari anak kau sumbangkan “dosa” pada kau yang dah melahirkan dia dan berazam akan berubah bila dah jadi bini orang nanti .. Apa kau rasa? Kenapa ya wahai anak gadis? Tak sayangkah korang semua pada mak dan ayah?

Tolong masak pun satu hal. Belajarlah siang-siang ikan ayam tu. Takyah layan sangat geli kau. Organ ikan ayam dengan organ badan kau lebih kurang je,ada hati,ada isi perut, ada lemak cuma organ kau, kau tak pernah tengokkan. Kalau tengok agaknya kau berjalan dengan tulang jela sebab gelikan?Huhahahah.. Jangan jadikan alasan tak pandai untuk elak membantu kerja di rumah. Kau ingat mak kau kejam sangat apa bagi kau kuali dengan sudip , dan dia cakap “nah masak kau sorang2..”

Tak.. Takkan macam tu. Mak kita akan rasa seronok ada yang teman dia masak. Atleast kalau kau tak pandai sekali pun, tolong potong2 bawang ke tumbuk belacan atau ikan bilis ke apa ke mak kau dah gembiralah. Benda yang tak pandai boleh belajar. Nak dengan tidak je. Mak kita lega, bila lahirkan kita dulu, kau tu anak perempuan. Mungkin sahaja dia berfikir, dah besar nanti, boleh tolong dia dari segala segi. Tapi bila dah besar,anak gadis sekarang lagi teruk dari anak lelaki. Maaf aku terpaksa cakap macam ni sebab jadi depan mata aku. Nak ditegur, cakap aku menyibuk. Ye aku menyibuk sebab aku nak korang faham, tangungjawab kita sebagai anak. Usah terlalu taksub fikir dah kahwin nanti baru berubah. Itu kalau kau sempat kahwin. Kalau kejap lagi kau mati kejung macam mana..? Nauzubillahhhh.. Hmm.

Fikirkan lah wahai anak gadis sekalian. Perkara yang selalu mak kita buat tu, bukan boleh belajar dalam masa satu hari. Bertahun2 pun belum tentu boleh biasakan diri. Kalau nak fikir lepas kahwin baru berubah, buatnya kau dapat mak mertua yang macam singa lapar? Tak ke kau kena hamun free dalam hati mak mertua? Dan yang paling pedih, mak mertua fikir macam mana mak kau jaga kau satu kerja pun kau tak tahu buat? Fikir tak pasal tu? Emosi pulak aku sebab ada nya segelintir perempuan macam ni..

Pesanan aku yang masih belajar juga, berubah dari sekarang. Untuk buat perkara baik, janganlah suka menagguh. Nantilah, sekejaplah.. Esoklah.. Fikir satu je, sempat atau tak nak tunggu nanti,sekejap dan esok tu? Sementara kau masih hidup, belajarlah untuk buat mak kau rasa “sejuk perut dia masa mengandungkan kau..” Aku yang lelaki ni pun, belajar tau. Mudahan senang hati bakal bini aku nanti tengok aku pandai buat kerja perempuan. Ha kalau da pandai buat barulah fikir pasal kahwin! Hahaa…

Berbaktilah, belajarlah.. Takut nanti bila kau ada anak, anak akan buat perkara yang sama macam kau buat sekarang. Kau masak, anak kau main wicet.. Ha makan wicet tu sampai kenyang dan berhentilah jadi orang.

Maafkan aku jika kasar cara aku menegur, namun aku harap kita semua sedar tangungjawab kita sebagai seorang anak, lelaki ataupun perempuan. Sekian terima kasih. Heeehe. – Afiff Ariff | IIUMC


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pyEBT8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.