Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dera: Bapa Tiri Direman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dera: Bapa Tiri Direman



BESUT - Bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah di Mahkamah Majistret Besut di sini selepas suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan polis bagi membantu siasatan.


Terdahulu, suspek tiba pada pukul 9.15 pagi di pekarangan mahkamah di sini.


Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu tiba dengan berpakaian lokap , dan tangan bergari.


Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Dalam kejadian awal pagi kelmarin, Muhammad Hairil Amsyar Abdul Rahman dari Felda Tenang di sini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut kira-kira pukul 3.30 pagi.


Hasil pemeriksaan pakar perubatan mendapati punca kematian kanak-kanak terbabit tidak konsisten dengan keterangan yang dibuat oleh suspek bahawa mereka terjatuh daripada motosikal.


Difahamkan, keputusan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu semalam menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada hentakan kuat yang menyebabkan koyakan pada usus kecilnya.


Mayat Muhammad Hairil Amsyar yang dibawa pulang dari HSNZ telah dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Bukit Tanah Besut petang semalam. - UTUSAN ONLINE



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tvLBTz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.