Hi! Welcome Back and Stay Tune! Duit Tunang Digunakan Belanja Belajar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Duit Tunang Digunakan Belanja Belajar

Duit Tunang Digunakan Belanja Belajar

Tak tahulah, tadi itu adalah tindakan bodoh atau bagaimana?

Inilah ayat yang langsung saja bermain-main dalam fikiran aku selepas kejadian tadi. Hal yang tidak diduga. Perkara yang tidak dirancang sama sekali. Aku dan sahabat-sahabat yang lain seperti biasa mula buat rancangan untuk berkumpul dan pergi berziarah di rumah sahabat-sahabat yang lain sempena menyambut hari yang mulia ini. Daripada awal pagi lagi kami sudah mula mengetuk pintu ke pintu rumah sahabat yang dikenali.

Pelbagai isu yang kami bualkan. Daripada kenangan sejak di sekolah rendah lagi sehinggalah cerita orang dewasa. Di antara kami ada yang masih belajar. Ada yang sudah mendirikan rumah tangga. Dan sudah ada yang miliki cahaya mata! Bermacam-macam dijadikan bahan lawak. Gelak sakan kami semua. Hilang segala masalah. Riuh suasana. Alang-alang bercuti ni, biarlah aku luangkan masa dengan mereka. Bukan selalu. Jarang-jarang. Aku pun, bukan selalu pulang ke kampung untuk bercuti.

Dari satu rumah hingga satu rumah. Kami ketuk tanpa rasa segan. Sehinggalah di sebuah rumah seorang sahabat, yang jarak rumahnya hanya beberapa meter saja dari rumah bekas kekasih aku. Belum pun tiba di rumah sahabat itu tadi, jantung aku mula berdegup kencang. Laju. Sangat laju. Tangan aku yang sedang memegang steering berpeluh. Basah. Lantas aku letakkan sebelah tangan berdekatan dengan penghawa dingin dalam kereta.

Setibanya kami di rumah sahabat itu, mata aku tertumpu ke arah rumah si dia. Aku mencari kelibatnya dan hati aku kuat mengatakan, Mungkin dia ada di rumah sekarang. Hati aku sedikit hampa. Bayangannya sedikit pun tidak kelihatan. Jasad seorang bekas kekasih yang sudah beberapa bulan tidak pernah aku berjumpa. Apatah lagi mendengar suaranya. Pada ketika inilah aku rasakan diri aku seorang yang bodoh.

Tanpa banyak kata, aku dan sahabat-sahabat yang lain pun masuk ke dalam rumah sahabat itu tadi. Di dalam rumahnya, hati aku tidak tenang. Otak aku liat mencari jalan bagaimana untuk dapat lihat bekas kekasih aku. Tanpa buang masa, terus saja mencari nombor telefon ibunya di senarai kenalan dalam telefon bimbit aku. Wah! Masih ada! Aku terus tekan butang call. Malangnya, sebanyak 3 kali aku tekan butang call, ia tidak di sambut. Sekali lagi aku hampa. Aku mula berputus asa. Betapa aku rasa diri aku seorang lelaki yang bodoh.

Selesai aku dan sahabat-sahabat yang lain beramah mesra dengan tuan empunya rumah, kami semua meminta diri untuk bergerak ke rumah sahabat yang lain pula. Terasa berat hati rasanya untuk meninggalkan tempat itu. Enjin kereta dengan perlahan-lahan aku hidupkan. Aku biarkan sahabat-sahabat yang lain bergerak di hadapan. Aku memilih untuk berada paling belakang. Sekali lagi aku bertindak bodoh. Kereta itu aku pandu menuju ke rumah si dia. Aku parking depan rumahnya.

Secara kebetulan, kedua-dua orang tuanya yang memang mengenali aku, dan aku juga mengenali mereka tersenyum menyambut kehadiranku. Enjin kereta aku biarkan hidup. Pintu aku buka dan kaki melangkah untuk menyambut tangan mereka. Kedua-dua mereka aku peluk. Aku hanya mampu berkata dalam hati, Ya Allah, rindunya aku dengan ayah dan ibu. Sambil itu, mata aku sempat melihat kelibat bekas kekasih aku yang ingin keluar dari rumah tetapi dia juga laju menyembunyikan diri semula. Dengan egonya aku berkata lagi dalam hati, Tak payah nak sembunyikan diri! Aku datang bukan nak jumpa kau pun! Aku datang ni nak jumpa kedua-dua orang tua yang aku sedang peluk. Aku hanya ingin berjumpa dengan mereka yang pernah aku anggap macam orang tua aku sendiri! Begitulah ego lelaki.

Masuklah rumah dulu. Alang-alang beraya sekali.

Eh, tak mengapa ibu, saya singga kejap aje. Nak jumpa ayah dan ibu.

Kalau ya pun, masuklah dulu sekejap. Ayah dah lama tak jumpa kamu.

Tak mengapa ayah, ni pun kebetulan lalu dekat sini. Tu yang singgah kejap. Ayah sihat?

Alhamdulillah sihat. Bila kamu balik ke tempat belajar?

Insha-Allah hari jumaat ni. Saya minta diri dulu ibu, minta diri dulu ayah. Sampaikan salam saya dengan Nurul (bekas kekasih; bukan nama sebenar).

Begitulah. Begitulah perbualan aku dengan kedua-dua orang tuanya yang tidak terfikir pun untuk aku bertindak begitu. Tidak dirancang. Tidak diduga pun untuk aku bertindak seperti ini. Namun, memang benar. Hati aku terlalu rindukan mereka. Mereka yang selalu aku bertanyakan khabar pada ketika dahulu. Mereka yang sering mendengar aduanku tatkala si dia buat hal. Kini, semua itu tidak lagi berlaku seperti dulu. Bukan niat aku untuk memutuskan silaturrahim. Tetapi, segan bercampur malu. Dan risau jika aku dilabel jantan yang gatal tidak henti mengganggu keluarga orang yang khianati aku.

Ya. Si dia yang khianati aku. Dia yang curang. Sebanyak 3 kali curang. 3 kali itu juga aku maafkan. Kali ketiga aku sudah tidak mampu untuk bertahan. Melepaskan dengan redha. Melepaskan walaupun terpaksa. Aku yang masih belajar, gigih untuk mencari dan menyimpan duit. Niat aku ikhlas untuk mengikat si dia secara adat. Mungkin, jika aku bertahan, kami berdua sudah pun bertunang. Kerana sememangnya kami merancang untuk bertunang pada hari raya tahun ini. Malangnya, Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua. Tuhan tidak satukan kita. Dia tidak mengizinkan kita untuk bersatu.

Wahai bekas kekasih, tidak mengharap pun untuk kau baca tulisan buruk aku ni. Bahkan, lebih baik jika kau langsung tidak dapat untuk baca. Niat aku untuk berikan pengajaran kepada orang lain. Pengajaran untuk lelaki lain. Dan pengajaran untuk diri sendiri.

Aku mulai tahu, dalam kehidupan kita ini tidak ada masalah yang boleh kita sembunyi tanpa mencari jalan penyelesaian. Kehidupan selepas aku dan si dia tiada apa-apa lagi itu juga merupakan suatu masalah. Melupakan dia juga masalah. Move on juga masalah. Ini bermakna, kita hidup di dunia tidak boleh lari daripada masalah. Siapa pun kita, pasti akan kena. Cuma yang membezakan adalah jenis masalah. Alhamdulillah, selepas aku berjumpa dengan seorang yang setia menjadi pendengar, dia dijadikan perantara untuk membantu aku menyelesaikan semua masalah yang aku hadapi.

Memang aku memikirkan tindakan aku itu sesuatu tindakan yang bodoh. Lebih-lebih lagi aku seorang lelaki. Orang lain akan berkata, Ikan di laut bukan seekor, Kau lelaki, bunga bukan sekuntum, Jangan jadi pondan, jambu sangat la kau ni! Biarlah mereka berkata begitu. Aku tidak peduli. Sahabat-sahabat pembaca boleh nilai, ini sesuatu yang bodoh atau bagaimana?

Aku ingin berpesan kepada kaum wanita di luar sana. Betapa ruginya kamu jika kamu tidak menghargai seorang lelaki yang mencintai kamu. Ya, aku mengerti. Bukan semua wanita mampu untuk bertahan dengan lelaki yang tiada apa-apa. Tidak semua wanita di luar sana mampu untuk bertahan dengan seorang lelaki yang bermula dengan kosong. Tidak semua yang mampu. Jadi, mungkin kamu sebagai wanita yang di kenali dengan sifat lemah lembutnya tidak mempermainkan hati lelaki. Jangan. Jangan sesekali mainkan hati lelaki.

Ingat hukum karma, sebelum kahwin kamu seronok untuk permainkan hati lelaki. Selepas kahwin nanti, kamu tidak tahu lagi bagaimana rasa sakitnya dipermainkan tatkala kamu sedang berpantang. Jangan risau, tidak semua lelaki itu kejam. Cuma ingat nasihat, Berani buat, berani tanggung. Kamu tak buat, kamu tak dapat. Kalau kamu tak buat, tapi dapat, itu ujian. Ujian yang perlu kamu hadapi sebagai hamba-Nya.

Bertahanlah seketika. Tunggu seorang lelaki yang ikhlas mencintai kamu untuk menghalalkan kamu. Berhenti merungut. Tidak semua lelaki itu sama. Tidak semua lelaki mampu untuk memberikan apa yang kamu mahukan. Tunggulah. Mereka sedang usahakan. Bersabar. Sungguh mudah orang lain berkata, Halalkanlah pasanganmu. Namun, cadangan itu bukan mudah untuk diterima! Ada lelaki yang benar-benar memang mahu, tetapi tidak mampu! Bila berkata begini, semakin dihentam dengan ayat, Buatlah ala kadar atau Buatlah setakat mana yang mampu. Aduhai, aku sudah berkata, tidak semua lelaki mampu! Mereka yang lain pun ada komitmen masing-masing yang diluar daripada pengetahuan kita.

Bukan menolak cadangan begitu. Bukan juga lari daripada nasihat seperti halalkanlah pasanganmu. Tetapi, kita juga harus fikirkan hati lelaki. Mereka masih ada ibu bapa dan adik-beradik yang perlu dibantu. Lelaki perlu balas jasa mereka. Memilih antara kahwin dengan keluarga, bukan mudah. Tetapi boleh dipermudahkan. Ikutlah bagaimana cara sekali pun. Sekadar luahan isi hati. Marilah sama-sama kita tutup mulut daripada nasihat yang boleh membuatkan orang lain lari daripada nasihat.

Lelaki

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgWY1i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.