Suami Tak Kaya. Rumah Masih Menyewa. Kereta Pakai Myvi Je. Tapi Bila Balik Kampung, Dia Lah Yang Bersungguh-sungguh Buat Itu Ini.
Suami saya tak kaya. Rumah masih menyewa. Kereta pun pakai myvi je. Tapi bila balik kampung, dia lah yang bersungguh-sungguh buat itu ini.
Adik beradik yang lain ada. Boleh dikatakan, semuanya lebih senang dari kami. Tapi tulah, nak kata pun tak kena. Diorang buat tak tahu je. Busy dengan hal masing-masing.
Semalam, sebelum salam, saya berani kan diri tanya dia. Saya cakap kenapa abang nak buat semua tu? Beli air minuman (rumah mak takda coway), beli beras, beli barang-barang basah, beli juadah berbuka, pergi buang sampah, basuh toilet, basuh pinggan..sedangkan adik beradik abang yang lain mana? tak collect duit pun? tak buat apa-apa pun?
Dia diam je.
Saya tahu, pertanyaan saya tu mungkin agak kasar tapi saya taknak adik-beradik dia ambil kesempatan atas kelurusan diri dia.
Lama dia diam. Lepas tu dia pandang saya dan dia jawab
"Abang tak kaya. Balik pun sekali sekala. Nak bagi banyak-banyak, memang abang tak mampu. Apa yang abang ada ni lah. Tulang empat kerat yang masih ada kudrat"
"Abang tahu, awak mesti pelik dengan adik beradik abang kan? Entahlah. Abang nak betulkan pun, nak tegur, semuanya dah besar panjang. Abang tak mampu. Biarlah abang betulkan diri abang sendiri, buat apa yang mampu, biar raya ni semua gembira.. biarpun abang letih sikit"
Saya dengar je apa dia cakap. Saya akui dia memang seorang yang baik. Mudah minta tolong. Tak banyak membantah.
"Lagipun, abang kesiankan mak. Masa abang bersihkan bilik mak semalam, abang kutip rambut-rambut dia yang gugur. Banyak. Semuanya dah putih."
"Abang masuk toilet mak. Abang nampak gigi palsu mak. Rupa-rupanya mak dah pakai gigi palsu. Abang tak tahu pun"
Percakapan dia dah mula sangkut-sangkut. Bicara dia mengandungi sebak.
"Kalau abang tak boleh bagi mak duit banyak, biarlah mak rasa senang dengan kehadiran abang. Redha dengan abang. Tu pun dah cukup"
Saya menangis. Saya tak tahu nak kata apa. Saya pegang tangan dia. Saya salam dan saya kucup. Saya minta maaf atas soalan saya tadi tu.
Masa dakap dia, dia cakap abang harap anak-anak kita nanti pun akan buat benda yang sama kat awak. Jaga awak. Hormati awak. Sayang awak, macam abang buat kat mak.
Ya Allah. Ampuni saya dan rahmatilah dia.
* Diadaptasi dari sebuah kisah benar.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sRfwDX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment