Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khairil Optimis Sumbang Emas Pada KL2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khairil Optimis Sumbang Emas Pada KL2017

KUALA LUMPUR – Atlet luncur ais negara, Khairil Ridhwan Khalil optimis mampu menghadiahkan kilauan pingat emas buat negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.

Khairil Ridhwan, 17, berkata kejayaan menggondol tiga pingat emas dan satu gangsa dalam disiplin luncur ais laju jarak pendek pada satu kejohanan di Singapura awal tahun ini akan dijadikan sebagai sandaran apabila turun beraksi di Empire City Mall yang merupakan venue utama bagi acara sukan itu.

Menurutnya, kejayaan negara menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik acara 5,000 meter (m) berganti di belakang China, Korea Selatan dan Jepun pada Sukan Asia Musim Sejuk (AWG) 2017 di Sapporo, Jepun, Februari lepas juga membuktikan Malaysia sebagai sebuah pasukan terbaik di Asia Tenggara.

“Saya meraih tiga pingat emas dalam acara 500, 1,000 dan 1,500m serta satu gangsa dalam acara  3,000m berganti di Singapura selain berjaya menduduki tempat keempat dalam acara 5,000m di AWG.

“Sasaran yang diletakkan pada KL2017 tidak mustahil untuk dicapai sekiranya kami memberikan sepenuhnya komitmen terhadap latihan dalam baki beberapa bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman kerjasama antara Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) dan pengeluar kenderaan premium, BMW di Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini.

Sebagai rekod, sukan luncur ais buat julung kalinya dipertandingkan dalam KL2017 dan Malaysia merupakan perintis kepada penganjuran acara sukan musim sejuk itu di Asia Tenggara.

Sebanyak lapan pingat emas dipertandingkan iaitu enam pingat menerusi disiplin luncur ais jarak pendek lelaki dan wanita yang mempunyai tiga acara – 500, 1,000 dan 3,000m berganti, sementara dua pingat bagi disiplin ‘figure skating’ lelaki dan wanita. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1bmqs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.