Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 didakwa berhubung tragedi Hillsborough [VIDEO] - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 didakwa berhubung tragedi Hillsborough [VIDEO]

ENAM individu didakwa di London, hari ini berhubung tragedi di stadium Hillsborough di England yang mengorbankan 96 penyokong Liverpool ketika perlawanan menentang Nottingham Forest pada 1989.

Ketua bahagian jenayah khas dan anti-keganasan bagi Pihak Pendakwaan, Sue Hemming berkata, bekas pegawai kanan polis yang mengetuai operasi ketika perlawanan itu, David Duckenfield didakwa menyebabkan kematian 95 lelaki, wanita dan kanak-kanak akibat kecuaian yang melampau.

Bagaimanapun, Duckenfield tidak didakwa membunuh mangsa yang ke-96 yang meninggal dunia empat tahun selepas kejadian itu kerana batasan tempoh undang-undang yang berkuat kuasa pada masa itu.

Lima individu lain yang dikenakan tindakan termasuk tiga pegawai polis, peguam polis dan pegawai keselamatan di stadium Hillsborough.

Tuduhan termasuk menghalang keadilan, melanggar peraturan keselamatan dan salah laku di pejabat awam.

Bekas pegawai polis, Norman Bettison menghadapi empat pertuduhan salah laku membabitkan pembohongan berhubung penglibatannya selepas tragedi itu dan kebersalahan penyokong.

Sementara itu, dua pegawai lain, Donald Denton dan Alan Foster serta peguam polis, Peter Metcalf menghadapi pertuduhan menghalang keadilan dengan cubaan menutupkebersalahan polis.

Bekas setiausaha Sheffield Wednesday yang mengendali stadium Hillsborough, Graham Mackrell, menghadapi tiga pertuduhan berhubung kegagalan keselamatan di stadium itu.

"Saya telah memutuskan bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk mengenakan enam individu dengan kesalahan jenayah," kata Hemming dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada 15 April 1989, 96 penyokong Liverpool terkorban akibat bersesak di dalam stadium ketika perlawanan separuh akhir Piala FA antara Liverpool dan Nottingham Forest.

Kejadian itu adalah tragedi sukan paling teruk melanda negara itu.

Sebelum ini, pihak polis menyalahkan penyokong yang mabuk namun penjelasan ini ditolak pihak keluarga mangsa dan komuniti Liverpool.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sQmfOA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.