Hi! Welcome Back and Stay Tune! 100 AES akan dipasang di seluruh negara tahun depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

100 AES akan dipasang di seluruh negara tahun depan

BATU PAHAT: Kira-kira 100 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di lokasi strategik di seluruh negara, tahun depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata AES yang akan dipasang di lebuh raya dan jalan persekutuan itu dapat membantu pengguna jalan raya mematuhi peraturan memandangkan ia merupakan sistem penguatkuasaan sepanjang masa selama 24 jam.

"AES ini akan ditambah kerana kita (Malaysia) mempunyai matlamat untuk mengurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang tahun 2020 seperti yang telah dipersetujui di peringkat dunia," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Kampung Parit Jelutong, Parit Raja, di sini hari ini.

Anggota Parlimen Sri Gading itu berkata ketika ini, kira-kira 50 AES sudah dipasang di seluruh negara.

Beliau berkata saranan mengurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang tahun 2020 merupakan satu cabaran kepada negara kerana Malaysia merupakan satu daripada negara yang mencatatkan kadar kemalangan tinggi.

"Kita (kerajaan) juga tidak mahu negara kerugian modal insan akibat kemalangan jadi, penguatkuasaan secara automasi (AES) merupakan kaedah terbaik memandangkan sistem ini tidak ada pilih kasih kerana kamera tidak mengenali orang dan akan rakam semua kenderaan yang lalu," katanya.

Ab Aziz dalam pada itu turut menasihati para pengguna jalan raya yang akan pulang semula ke kota selepas sambutan hari raya supaya mengambil iktibar dengan memandu secara berhemah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau yakin kemalangan dapat dielakkan sekiranya para pengguna jalan raya memandu dengan cermat dan mengikut peraturan ditetapkan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1tOiu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.