Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harapkan penerbangan selamat, wanita baling duit syilling dalam enjin pesawat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harapkan penerbangan selamat, wanita baling duit syilling dalam enjin pesawat

PUDONG, CHINA – Berharap penerbangannya selamat, seorang wanita warga tua membaling beberapa keping duit syilling ke dalam enjin kapal terbangnya menyebabkan penerbangan pesawat itu terpaksa ditunda, lapor Shanghaiist. 

Semasa memasuki kapal terbang, penumpang China Southern Airlines yang dijadualkan berlepas dari Shanghai ke Guanzhou ternampak seorang wanita warga tua bernama Qiu membaling duit syilling ke enjin pesawat, lalu segera melaporkan perkara itu kepada polis lapangan terbang. 

Beberapa penumpang yang menceritakan semula kejadian itu di laman Weibo berkata, wanita warga tua itu berbuat demikian atas alasan berharap agar penerbangan pesawatnya ke destinasi selamat. 

Wanita terbabit yang merupakan pengganut agama Buddha telah ditahan untuk disiasat. 

Pekerja lapangan terbang terpaksa menghabiskan masa selama empat jam untuk memeriksa dan mencari duit syilling dalam enjin pesawat tersebut. Hasilnya, mereka menemui lapan keping duit syilling di sekitar enjin dan hanya sekeping duit syilling sahaja yang termasuk ke dalam enjin pesawat. 

 

Menurut juruterbang pesawat berkenaan, meskipun hanya sekeping duit syilling yang termasuk dalam enjin, ia boleh mengakibatkan bencana besar jika duit syilling itu tidak dikeluarkan. 

Ekoran kejadian itu, penerbangan yang sepatutnya berlepas jam 12.40 tengah hari ke Guangzhou itu terpaksa ditunda dan berlepas selepas lima jam kemudian.

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tkNbHm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.