Hi! Welcome Back and Stay Tune! Baju raya disamakan dengan alas meja, Nora Danish ‘puji’ kreativiti netizen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Baju raya disamakan dengan alas meja, Nora Danish ‘puji’ kreativiti netizen

PELAKON popular, Nora Danish ‘memuji’ kreativiti pengguna laman sosial apabila menyamakan baju raya yang dipakainya dengan alas meja dan baju tidur.

Nora, 35, ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia sudah lali menjadi bahan kritikan peminat di laman sosial.

Baca artikel sebelum: Baju raya Nora Danish kena troll, disamakan dengan kain alas meja

“Saya berasa mereka bosan. Lagi pula mana ada mengenai saya yang tak tular. Saya sudah biasa dengan semua itu. Mereka memang kreatif,” katanya ringkas.

Nora juga mempertahankan tindakannya memakai pakaian itu meskipun dianggap seksi oleh peminat.

“Kain tu tak seksi pun. Lagi pula kain renda itu tebal dan tidak jarang. Malah kain dalam (lining) pun sampai paras lutut.

“Lain kalau saya bertudung dan dipadankan dengan kain itu, sesuailah kalau tular. Saya anggap mereka tak ada kerja,” katanya.

Terdahulu busana warna putih yang digayakan Nora bersama suami pada pagi raya lalu dikecam dan dikritik peminat.

Antara komen yang ditulis peminat ialah menyamakan dengan dengan kain kafan dan buruk.

Pun begitu, segelintir peminat tetap memberi sokongan dan menyifatkan Nora sudah matang dalam setiap tindakan.

Antara komen itu meminta supaya tidak mempertikaikan pakaian orang kerana Nora sudah dewasa.

Sumber: Harian Metro

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tk2eAV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.