Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama
KUALA LUMPUR – Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama menuju ke ibu negara disebabkan pertambahan kenderaan petang ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik bagi laluan utara dilaporkan perlahan dari Sungai Dua menuju ke Perai, Bukit Tambun ke Jawi, Taiping ke Bukit Berapit dan Kuala Kangsar ke Terowong Menora.
“Kenderaan juga perlahan di kawasan Ipoh ke Simpang Pulai, Tapah ke kawasan Rehat dan Rawat Tapah, Bidor ke Sungkai dan Sungai Buaya ke Rawang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata aliran trafik di laluan selatan pula hanya perlahan di Ayer Keroh menuju ke Hentian Rehat Pedas Linggi.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik perlahan dari Bentong Barat menuju ke Bukit Tinggi manakala laluan lain di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tXMFwy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment