Cara Kendali Perangai Adik
Assalamualaikum..
Aku anak sulung. Ada 5 adik. 2 laki.
Selama ni aku baca je luahan hati anak sulung ni. Ada yang sama dengan apa yang aku lalui.
Aku ada adik perempuan form 2.
Masa dia sklh rendah aku ada juga suruh dia tolong buat kerja rumah like kemas ruang family tpi my mum marah sebab cakap dia budak lagi. Okey aku terima masa tu. Then masa pun berlalu. Aku buat kerja rumah tolong my mum sorang je sebab adik laki aku yang sekarang umur 20 dan 16 tu cakap laki tak boleh buat kerja rumah. *tangan ke bahu mata ke atas*
Aku ingatkan bila dia dah masuk sklh menengah boleh la tolong aku buat kerja rumah tpi tak. Kerja dia main phone je. Bila aku suruh buat kerja sikit dia tak endah langsung.. Jemur kain pun tak nak. My mum tak kisah pun takde pun marah dia. Kekadang adik bongsu aku yang darjah 3 tu tolong buat kerja dia.
Hari ni, aku suruh dia kemas ruang family. Ruang tu kecik je. Tak bersepah sangat pun just kena kutip bantal then sapu sikit. Then my mum bebel dia cakap aku cemburu dengan dia dan tak leh buat kerja sendiri. What? Aku tengah masak time tu sebab tu aku suruh dia.
Selalu aku fikir my mum tak fair dengan aku. Sampai bila budak tu xpayah buat kerja rumah. Anak sepupu aku tu darjah 5 dah pandai boleh buat kerja rumah dah. Tak payah suruh.
Adik laki aku yang 20 tahun tu pula. Tengah *darah muda* ayah aku cakpa la. Dia tahu nak have fun dengan kawan je. Kalau antara family dengan kawan. Kawan lagi dia dahulukan. Pagi tidur malam berjaga main dota. Tiap kali cuti tu je kerja dia. Orang bebel tak boleh. Mengamuk.
Suruh buat kerja? Jangan harap jadi kerja tu. Paip sinki rosak tak pun ada rasa nk baiki. Ayah aku? Ayah aku sakit tak boleh nk buat kerja sangat. Dia anak lelaki sulung langsung tak boleh harap bagi aku. Tak kenal tanggungjawab. Time ayah aku sakit tak pun dia nak sentuh ayah aku tu. Main game dan hangout dengan kawan je dia tahu.
Seriously aku sedih dengan dia tu. Kalau ikutkan gaduh je hari aku dengan dia. Hari tu ayah aku suruh dia drive pergi rumah sedara mara pun dia mengamuk sebab dia ada plan dengan kawan dia. My mum tak pernah nk marah or tegur perangai dia mcm tu. Korang rasa patut ke? Kalau aku pandai drive kereta besar mmg aku tak bagi dia ikut. Ayah aku sejak dah berumur ni dia dah jarang nk mrah tpi klau dia marah ke nasihat ke sekali je.
Tapi alhamdulillah ada adik laki sorg lagi tu. Okey la boleh tolong aku mana perlu. Adik no 5&6 pun okey juga kalau aku suruh diorang buat juga tapi aku kena tegas la sikit dengan diorang. Aku just nak diorang belajar drpd kecik lagi buat kerja rumah so diorang tak malas nanti dah besar.
Aku ni daripada kecik dah kna jemur baju dan bt kerja rumah sikit bila my mum dalam pantang. Tak pula aku dilarang. Aku pun dengar sepupu aku cakap dia ajar anak dia buat kerja rumah drpd diorg kecik lagi. So aku tak rasa aku salah suruh adik buat kerja rumah.
Aku dah buntu dah macam mana nk settlekan benda cmni. Salah ke minta tolong. Kenapa adik orang lain okey je buat kerja rumah. Segala benda aku kena hadap sorg. Kekadang tu bnda ni buat aku tak rasa nak balik rumah pun bila aku kat u. Homesick apatah lagi.
Kalau korang ada tips nak share dengan aku pasal perangai adik aku ni.. Aku sangat hargai. Tak larat dah aku nak nangis sorang bila fikir bnda ni. Tolong aku.
kakak
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1hy1w
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment