Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Balik Beraya: Bekas Suami Ugut Bunuh Anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Balik Beraya: Bekas Suami Ugut Bunuh Anak

GARA- gara kecewa dengan bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang menyambut Aidilfitri bersama, seorang lelaki mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anaknya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Suang Parai, Menggatal dekat Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, suspek berusia 30 tahun bertindak mengurung dua anak perempuannya berusia empat dan lima tahun dan mengacukan pedang di leher mereka.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kejadian tersebut disedari sepupu suspek yang melaporkan dua anak saudaranya dikurung di sebuah bilik di tingkat atas rumah.

“Suspek dipujuk sepupunya namun gagal. Dia kemudian terhidu bau asap dari bilik suspek dan ternampak lelaki itu membakar sesuatu di dalam bilik

“Pengadu juga nampak suspek mengacukan pedang samurai ke leher anaknya sambil menjerit supaya tidak masuk campur,” katanya.

Menurutnya, sepasukan polis cuba memujuk suspek menyerah diri dan tidak mencederakan anak-anaknya.

Jelasnya, polis mengepung kawasan kejadian dan beberapa minit kemudian suspek membawa anaknya keluar dan diserahkan kepada ahli keluarga.

Suspek kemudiannya ditahan manakala dua kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, polis turut merampas senjata seperti pedang samurai dan pisau pemotong sayur bersama suspek.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan awal mendapati punca suspek mengamuk disebabkan kecewa kerana bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang berhari raya bersama,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh. –MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1a66N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.